UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu Garis Panduan Guru (GPU) untuk
melaksanakan Modul Projek Penyiasatan dalam kalangan pelajar ISMP Pendidikan Awal
Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjalani latihan mengajar di TADIKA.
Kajian yang berbentuk kualitatif ini mempunyai tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan
GPG, fasa membina GPG dan fasa pelaksanaan dan penilaian GPG. GPG yang dihasilkan
mengandungi tiga aktiviti pelaksanaan berdasarkan Modul Projek Penyiasatan, iaitu fasa
permulaaan projek, fasa pembangunan projek dan fasa dokumentasi atau kemuncak.
Persampalen yang digunakan ialah persempalan bertujuan iaitu 10 orang pelajar ISMP yang
menjalani latihan mengajar. Teknik pengumpulan data adalah dengan menggunakan teknik temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen Instrumen yang digunakan ialah senarai semak
pemerhatian, senarai semak analisis dokumen dan protokol temubual. Fasa pertama bertujuan
untuk mengenalpasti keperluan dalam GPG dalam melaksanakan Projek Penyiasatan. Dapatan
daripada fasa ini membantu dalam menyenaraikan item keperluan yang perlu ada dalam GPG.
Fasa kedua ialah menghasilkan GPG dan mendapat kesahan dan kebolehpercayaan daripada
empat orang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Dapatan daripada fasa ketiga
iaitu fasa pelaksanaan dan penilaian menggunakan GPG telah membantu pelajar-pelajar ISMP
dalam kajian ini melaksanakan Projek Penyiasatan dengan lebih berkesan dan membantu
meningkatKAN pengetahuan dan kemahiran mereka dalam melaksanakan pendekatan ini semasa
menjalani latihan mengajar. |
References |
Azizah Abdul Rahman, Sopia Md Yassin, Noor Ashikin Mohd Yusop & Zainiah Mohamed Isa (2019). Kemahiran Proses Sains Dalam kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menerusi Pendekatan Projek. Sains Humanika, 11(1).
Azizah Zain dan Abdul Aziz Abdul Syukor (2012). Tahap pengetahuan guru-guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan projek di prasekolah. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak (m.s. 78-80). Kota Baharu: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Beneke, S.J.,& Ostrsky, M.(2009).Teachers’ Views Of The Efficacy Of Incorporating The Project approach Into classroom Practice With Diverse Learners. Early Childhood Research and Practice. Diperolehi Disember 15, 2012 daripada http://ecrp.uiuc.edu/v11n1/ostrosky.html
Clark, A.M (2006). Changing classroom practice to include the project approach . Early Childhood
Elliot, M.J. (2000). Project Approach: Celebrating Human Dimension Of Learning. Diperolehi Mac 25, 2012 daripada http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal
Helm, J. H., & Katz, L. G. (2011). Young investigators: The project approach in the early years. New York, NY: Teachers College Press.
Katz, L. G. (2010, May). STEM in the Early Years. In STEM in Early Education and Development Conference, Cedar Falls, Iowa, May. Diperolehi daripada http://ecrp. uiuc. edu/beyond/seed/katz. html.
Katz, L. G., & Chard, S. C. (1994). The Project Approach. ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education Urbana IL, 1-6. Diperolehi daripada ERIC database. (ED368509)
Katz, L., & Chard, S. C., & Kogan, Y. (2014). Engaging children's minds: The project approach (3rd ed.). ABC-CLIO, LLC: Santa Barbara, California.
Katz, L.G., & Chard, S.C. (2000). Engaging children’s mind: The Project Approach.(2nd ed.).Stamford, CT: Ablex Publishing Corporation.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kebangsaan Prasekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Saemah Rahman, Ruhizan Yasin & Siti Fatimah Yasin. (2010). The Implementation Of Project_based Approach At Preschool Education Program. Procedia Social and Behaviriol Sciences Diperolehi 10 Januari 2012 daripada www.sciencedirect.com
Noor Miza Abdul Rahman, Anna Christina Abdullah & Aznan Che Ahmad.(2012). Aplikasi teknik bercerita dalam kalangan guru prasekolah. Dalam Prosiding International Conference IPCore USM-UPI (m.s. 35-40).P.Pinang: Universiti Sains Malaysia |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |