UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah membuat perbandingan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(ISMP) Geografi dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi
Sekolah Menengah. Kajian ini melibatkan analisis dokumen kurikulum geografi di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi
mata pelajaran geografi dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil analisis mendapati
sebanyak 14 kursus daripada 16 kursus ISMP Geografi adalah selaras dengan DSKP Geografi
KSSM Tingkatan 1 hingga 3. Dapatan kajian juga mendapati lapan topik DSKP Geografi
KSSM adalah tidak diberi penekanan dalam Rancangan Instruksional (RI) ISMP Geografi
iaitu, dua topik adalah daripada Tingkatan 1 iaitu Kedudukan dan Lakaran Peta Malaysia;
tiga topik daripada Tingkatan 2 iaitu Telekomunikasi di Malaysia, Jenis dan Kemajuan
Pengangkutan di Asia serta Teknologi Hijau; dan tiga topik daripada Tingkatan 3 iaitu
Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi di Malaysia, Hidupan Liar di Malaysia dan Kitar Semula.
Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa pihak jabatan perlu melakukan penambahbaikan
pada kursus sedia ada dan penambahan kursus yang relevan dalam ISMP Geografi agar
selaras dengan kurikulum sekolah terkini. Penemuan kajian ini mampu memperbaiki sistem
pendidikan di peringkat universiti supaya dapat melahirkan bakal guru yang berilmu
pengetahuan terkini dan mempunyai kemahiran abad ke-21 sejajar dengan hasrat Malaysia
mencapai negara maju. |
References |
Acquah, C. P., Asamoah, N. J., & Konadu, D. D. (2017). Introduction of Geographical
Information Systems (GIS) in Technical University Education in Ghana: Challenges and
the way forward. Review of International Geographical Education Online (RIGEO),
7(2), 207–220.
Habibah, L., & Muniandy, V. (2011). GIS in the Malaysian geography education: Challenges
and potentials. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 7(1), 42–52.
Hanifah, M., Zainudin, O., Yazid, S., Mohmadisa, H., Adnan, J., & Norazlan, H. Y. (2016).
Keberkesanan kurikulum pendidikan sains sosial di Malaysia: Kajian perspektif guru
siswazah dan pengetua sekolah di UPSI. Geografia - Malaysian Journal of Society and
Space, 12(1), 37–48.
Kaya, N. (2018). Main challenges in front of the teachers to teach geography more
effectively: A phenomenological research. Review of International Geographical
Education Online (RIGEO), 8(2), 371–393.
Kocalar, A. O., & Demirkaya, H. (2017). Geography teachers' views on effective geography
teaching. Review of International Geographical Education Online (RIGEO), 7(3),
332–346.
Mohd Mustamam, A. K., Zakaria, K., Mohamad, I., Mohd Ramli, B. K., Amir Hasan, D.,
Ahmad, H., Che Mohd Zuklifli, C.O., Mohamad Suhaily Yusri, C.N., Saberi, O., Adnan,
M.N., Haji Iberahim, H., Abdul Kadir, A., Mohd Nazri, M.S, & Mohammad Sidik, A.
(2010). Kajian penyesuaian program pengajian UPSI dengan bidang pekerjaan
(Graduan 1999-2009). Laporan Penyelidikan Geran Penyelidikan UPSI yang tidak
diterbitkan. Tanjong Malim.
Mohd Zailani, I., & Mohamad Khairi, O. (2018). Penilaian kesesuaian kurikulum Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Internatinal Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(8), 91–106.
Nor Fauzian, K., & Fauziah Hanim, A. J. (2015). Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak
dan modul pendidikan akhlak: Isu dan cabaran masa kini. Dalam Seminar Penyelidikan
Kebangsaan. UPSI, Tanjong Malim.
Nordin, S. (2006). Teaching GIS in Sabah: An early survey towards GIS in schools in
environmental geography and education. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Soon Singh, B. S. (2013). Integrating geography information system in teaching geography in
Malaysian secondary smart schools. Education Journal, 2(4), 149–154. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |