UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul khusus bagi meningkatkan kemahiran
membaca murid Orang Asli dan menilai keberkesanan modul. Pembinaan modul adalah
berdasarkan kepada model ADDIE melalui lima peringkat.iaitu analisis, reka bentuk,
pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini menggunakan dua jenis pendekatan
kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah
dilaksanakan dalam kajian ini manakala pendekatan kualitatif berlaku melalui temu bual dan
senarai semak pemerhatian murid dalam bilik darjah. Kajian ini melibatkan 10 orang murid
Orang Asli dari 3 buah sekolah Orang Asli. Setiap sekolah ditetapkan masing-masing lima
orang murid dalam kumpulan kawalan dan lima orang murid dalam kumpulan rawatan.
Instrumen yang digunakan ialah ujian diagnostik, ujian pra, ujian pasca, senarai semak
pemerhatian murid dan borang maklum balas guru. Analisis kajian juga mendapati bahawa
terdapat peningkatan pada keputusan ujian pasca ketiga-tiga kumpulan rawatan dan kawalan,
dengan kumpulan rawatan memperoleh peningkatan yang lebih tinggi secara signifikan
berbanding kumpulan kawalan. Hasil dapatan pemerhatian menunjukkan terdapat perubahan
positif terhadap kemahiran membaca dan tingkah laku murid Orang Asli. Kesimpulannya,
kajian ini menunjukkan penggunaan Modul LIKES dapat meningkatkan kemahiran membaca
murid Orang Asli di samping memberi perubahan positif kepada tingkah laku dan minat
membaca mereka. |
References |
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu muridmurid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 12.
Azizi Ahmad (2010). Pentaskiran pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2008).Garis panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (EdisiPercubaan).Jabatan Pendidikan Khas: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2020. Kuala Lumpur.
LaporanPelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.KementerianPendidikan Malaysia.
Nazariyah Sani.(2014). Merapatkanjurangliterasi murid-murid Orang Asli: Apakah cabarannya? JurnalPersonaliaPelajar 17:19-30 |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |