UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Objektif kajian ini adalah untuk membangun dan menguji keberkesanan Modul Eksperimen dan
Demonstrasi Fizik Berbantukan Telefon Pintar (MFBTP) dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi
pelajar melalui penggunaan telefon pintar secara inovatif. Kajian ini menggunakan dua reka bentuk kajian
iaitu kajian reka bentuk dan pembangunan dan kajian eksperimen. Reka bentuk dan pembangunan modul ini
menggunakan model ADDIE (Analisis, Reka bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian). Manakala,
kajian eksperimen menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen di mana kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan dipilih secara rawak mudah kelompok satu peringkat daripada kursus diploma Fizik Asas I. Dua
jenis instrumen kajian telah diadpatsi, dibina dan digunakan iaitu, pra- dan pascaujian dan juga soal selidik
persepsi pelajar terhadap penggunaan MFBTP modul. Data dianalisis dengan menggunakan analisis
inferensi dan deskriptif. Analisis statistik inferensi melibatkan ujian-t dan saiz kesan manakala analisis
deskriptif menjelaskan persepsi pelajar terhadap penggunaan MFBTP. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kumpulan rawatan memperoleh pencapaian yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan secara signifikan.
Pelajar juga menunjukkan persepsi yang baik terhadap modul yang telah dibina. Tetapi, maklum balas
negatif daripada pelajar juga diterima melalui soalan terbuka dan penambahbaikan terhadp MFBTP modul
telah dilakukan berdasarkan maklum balas yang diterima. Implikasi kajian adalah pelajar mendapatkan data
dengan mudah dan menjimatkan masa pembelajaran serta menarik minat dan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih menyeronokkan. Kesimpulannya, kajian berjaya menghasilkan satu modul eksperimen
fizik yang berkualiti (mendapat Pingat Emas di ITEX 2018) dan pensyarah akan melibatkan diri dan
menggalakkan penggunaan telefon pintar dalam penyiasatan saintifik peringkat pendidikan tinggi. |
References |
Creswell, J. W., (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches. United States of America: SAGE Publications.
Creswell, J. K. & Plano Clark, V. L. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research. 2nd ed. Thousand Oaks CA: Sage; 2011. Choosing a mixed methods design; pp. 53–106.
Hwang, G. J., & Chang, H. F. (2011).A formative assessment-based mobile learning approach to improving the learning attitudes and achievements of students. Computers & Education, 56(4), 1023-1031.
Kuhn, J., & Vogt, P. (2013). Applications and examples of experiments with mobile phones and smartphones in physics lessons. Frontiers in Sensors, 1(4), 67-73.
Liu, T. C., Wang, H. Y., Liang, J. K., Chan, T. W., Ko, H. W., & Yang, J. C. (2003). Wireless and mobile technologies to enhance teaching and learning. Journal of Computer Assisted Learning, 19(3), 371- 382.
Miller, P. J., & Cameron, R. (2011). Mixed method research designs: A case study of their adoption in a doctor of business administration program. International Journal of Multiple Research Approaches, 5(3), 387-402.
Provalis Research. (2016). Qualitative Data Analysis Miner Lite [Software]. Retrieved from https://provalisresearch.com/products/qualitative-data-analysis-software/freeware/
Richey, R. C., & Klein, J. D. (2014). Design and development research: Methods, strategies, and issues. New Jersey: Routledge.
Sharples, M. (2000).The design of personal mobile technologies for lifelong learning. Computer & Education, 34, 177-193.
Sharples, E. M. (2007). Big issues in mobile learning: Report of a workshop by the Kaleidoscope Network of Excellence.
Sun, D., Looi, C. K., Wu, L., & Xie, W. (2015). The innovative immersion of mobile learning into a science curriculum in Singapore: An exploratory study. Research in Science Education, 1-27.
Tho S. W., Lee T. T., & Baharom S. (2018). Scientific Investigation through Innovative Use of Mobile Devices in the Playground. Teaching Science, 64(2), 25-29.
Tho, S. W., & Yeung, Y. Y. (2014). Innovative use of smartphones for sound resonance tube experiment. Teaching Science, 60(1), 39-42.
Tho, S. W., Zainal Abidin, N. A. S., & Ahmad Bakhtiar, B. A. (2018). Free Fall Investigation through Innovative Use of Mobile Devices for Physics Education, Presented at 29th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2018), KLCC, Kuala Lumpur.
Vogt, P., & Kuhn, J. (2012). Analyzing simple pendulum phenomena with a smartphone acceleration sensor. The Physics Teacher, 50(7), 439-440.
Zainal Abidin, N. A. S., Abdullah, N. S. Y., Tho, S. W., & Supian, F. L. (2018). The Development and Evaluation of a Free Fall Experiment with Innovative Use of Smartphone for Physics Education. Dalam Prosiding International Postgraduate Conference on Science & Mathematics 2018 (m.s. 90). Tanjong Malim: FSMt, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zurita, G. & Nussbaum, M. (2004). A constructivist mobile learning environment supported by a wireless handheld network. Journal of Computer Assisted Learning, 20(4), 235-243. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |