UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :research_report
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Zulkifley Mohamed
Additional Authors :Rosmah Ramli
Nor Hashimah Abu Bakar
Abu Kassim Ali Musa
Title :Pembinaan dan penilaian Kit Pintar STEM Unit Metrik sekolah rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2018
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian dilakukan untuk membina dan menilai Kit Pintar STEM Unit Metrik (KSUM) sekolah rendah. Penyelidikan pembangunan dengan pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Pensampelan rawak berkelompok digunakan untuk memilih masing-masing 36 orang murid kumpulan rawatan dan kawalan. Manakala seramai 98 murid terlibat dalam memberi respon terhadap KSUM yang dipilih daripada 15 buah sekolah dalam daerah Kinta Utara Perak. Model ASSURE digunakan dalam pembinaan KSUM. Bagi tujuan penilaian kepraktikalan dan keberkesanan KSUM, instrumen penilaian dibina dan diuji kesahan dan kebolehpercayaan oleh pakar dalam bidang STEM. Kajian yang dilakukan berjaya membina KSUM berdasarkan model ASSURE. Dapatan kajian menunjukkan instrumen penilaian KSUM memenuhi kriteria kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam konteks keberkesanan KSUM, pencapaian matematik murid kumpulan rawatan adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Kajian juga berjaya menerangkan hubungan secara serentak berdasarkan Model Persamaan Berstruktur (MPB) antara konstruk yang dikaji. Kesimpulannya, penggunaan KSUM dalam PdPc matematik dapat meningkatkan keupayaan penguasaan penaakulan, perkaitan dan penyelesaian masalah dan pencapaian matematik murid. Implikasinya, KSUM yang dibina dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Unit Metrik bagi meningkatkan pencapaian matematik dan amalan kemahiran proses matematik sekolah rendah.

References

Fornell, C., & Larcker, D. F. (1981). Evaluating Structural Equation Models with Unobservable

Variables and Measurement Error. Journal of Marketing Research, 18(1), 39-50.

 

Hair, J. F., Hult, G. T. M., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2014). A Primer on Partial Least Squares

Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.

 

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J., & Smaldino, S. (1999). Instructional Media and

Technologies for Learning. Upper Saddle River. NJ: Mcrrill. Prentice Hall.

 

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah

(2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan

Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

 

Mohd Musa Mahidi (2011). Pembangunan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan E-Peta Minda

Bertajuk “The Reactivity Series of Metals and Its Applications” untuk Kimia Tingkatan Lima

(Tesis Sarjana Tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

 

Mohd Amin Mohd Noh, Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Muhammad Syakir Sulaiman, &

Murihah Abdullah (2016). Inisiatif dan Usaha Guru dalam Meningkatkan Pengetahuan Semasa

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Journal of Social Sciences and Humanities, 3, 133-144.

 

Mohd Faeez Ilias, & Kamarul Azmi Jasmi (2011). Faktor Serta Pendorong yang Mempengaruhi

Kepenggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru-Guru Pendidikan Islam.

Seminar Islam Nusantara Peringkat ASEAN. Pulau Langkawi, 25-27 Oktober 2011.

 

Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi, & Muhammad Azhar Zailaini (2016). Akhlak Guru dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Akademika, 86(2), 31-42.

 

Tan Choon Keong, & Carol Abu (2013). Pengaplikasian Video Youtube: Bahan Bantu Mengajar

(BBM) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. Seminar

Pendidikan Sejarah dan Geografi. Universiti Malaysia Sabah, 29-30 Ogos 2013.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.