UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Setiap kaum mempunyai keunikan dan daya tarikannya tersendiri. Bagi kaum Iban
pula, mereka mempunyai banyak puisi yang unik dan penuh dengan kesenian. Puisi
dalam masyarakat Iban disebut sebagai leka main dan dipecahkan kepada tiga
kategori utama, iaitu leka main pemerindang (puisi hiburan), leka main adat basa
(puisi adat) dan leka main invokasyen (puisi invokasi). Sabak tergolong dalam puisi
invokasi. Namun, ramai yang tidak memahami unsur simbolisme yang digunakan
dalam sabak. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur simbolisme yang
terdapat dalam teks sabak upacara ritual kematian kaum Iban suatu ketika dahulu
sehingga pada hari ini. Imej arketaip yang terdapat dalam puisi sabak turut di kaji.
Kajian ini juga turut melihat simbol yang melambangkan emosi dalam puisi sabak.
Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan, iaitu menganalisis sebahagian buku
‘sabak’ dari muka surat 1 hingga 7 dan juga kajian lapangan, iaitu temu bual dengan
tukang sabak. Dua teori utama yang digunakan dalam kajian ini, iaitu teori
simbolisme dan teori arketaip. Kajian mendapati bahawa, terdapat banyak simbol,
imej arketaip dan simbol yang melambangkan emosi terdapat dalam puisi ini.
Contohnya, asai ke dibaji enggau seligi sangkuh tajam; simbolisme keadaan hati
seseorang yang sakit dan sedih diibaratkan ditusuk dengan lembing yang tajam.
Tukang sabak mengunakan imej arketaip sepanjang ratapannya. Contohnya, ukai aku
tau’ ngeramban de’ ke udah padam. Padam bermaksud padam atau imej arketaip
yang memberi maksud kematian. Sudut kejiwaan turut dipaparkan melalui unsur
simbol dan lambang emosi oleh tukang sabak. Kajian ini diharap membantu para
pelajar di peringkat sekolah dan pengajian tinggi dalam memahami puisi rakyat Iban
ini. Kajian ini juga membantu para pendidik dan masyarakat untuk menelusuri dan
memahami simbol, lambang dan imej arketaip yang terdapat dalam puisi sabak.
Dengan kajian ini, diharap para penyelidik akan datang boleh menjadikannya sebagai
rujukan untuk kajian yang akan datang berkaitan dengan aspek yang lain seperti
penggunaan unsur alam dalam puisi sabak |
References |
A LifeCare Guide to Grief and Bereavement (2001). Diakses dari A LifeCare Guide pdf: Life Care Inc. http://www.lifecare.com
Abrams M.H (1999). A Glossary of Literary Terms. United States of America. Earl McPeek.
Adat Iban (1993). Majlis Adat Istiadat Iban, Sarawak.
Alex Inkeles (1985). Terjemahan Chou Hock Tong, Apa itu Sosiologi?. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Alfred Ballabene (2018). Dream Symbolism. Munich: BookRix GmbH & Co. KG Andrey Davydov & Olga Skorbatyuk (2005). Archetypal Pattern. Fundamentals of Non-Traditional Psychoanalysis. HPA Press
Ann Casement (2001). Carl Gustav Jung. London: SAGE Publications.
Anthony Richards (1981). An Iban-English Dictionary: Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Anthony Richards (1966). Leka Main Iban. Kuching: Borneo Literature Bereau
Anthony Stephens (1994). JUNG: A very Short Introduction: United States: Oxford University Press.
Benedict Sandin (1962). Sengalang Burung. Kuching:Borneo Literature Bureau.
Benedict Sandin (1980). Iban Adat and Augury. Penang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Benedict Sandin (1966). Leka Main Iban. Kuching: Klasik Pubishing House
Charles Chadwick (2018). Symbolism. New York. Routledge Taylor and Francis Group
Chemaline anak Osup (2011). Litaricha Iban. Bintulu:Pegari Iban Production
Chemaline anak Osup (2011). Waris Daya Idup Iban Vol 1. Bintulu: Pegari Iban Production
Chemaline anak Osup (2011). Waris Daya Idup Iban Vol 11. Bintulu: Pegari Iban Production
Chemaline anak Osup, Leka Main: Puisi Rakyat Iban-Satu Analisis Bentuk & Fungsi, diakses dari http://eprints.ums.my/9122/leka main puisi rakyat Iban satu_ analisis_.pd
Christy Duin Tanggi (1998). Sempama Iban. Kuching:Klasik Publishing House.
C.S Lewis (1996). A Grief Observed. Diakses dari Adobe Acrobate Ebook Reader May 2009. ISBN 978-0-06-194928-9
Clifford Sather (2001). Seeds of Play Words of Power. Kuching: Tun Jugah Foundation
Drs. G.Cremers. (1986). Pendekatan terhadap Ketaksadaran terjemahan daripada Approaching the Unconsius (Carl Gustav Jung). Jakarta: Penerbit PT Gramedia
Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Elly M. Setiadi & Usman Kolip (2011). Pengantar Sosiologi. Jakarta: Prenada Media Group.
Harry Usup Umbar (2014). Dayak Iban Borneo 1. Sibu: Syarikat Sungai Teras, Serakup Penulis Iban Sarawak(SIWA)
Hawkins, J.H. (2011). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kelima. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Janang anak Ensiring, Jantan Umbat & Robert Menua Saleh. (2015). Bup Sereba Reti Jaku Iban. Kuching: The Tun Jugah Foundation
Jenny Teichman (1998). Etika Sosial. Yogyakarta:Penerbit Kanisius
Jimmy Donald (1991). Nerengkah di sebayan. Kuching: Klasik Publiching House.
Jocye M. Hawkins (2011). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Kelima. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Jung, C.G (2003). Memories, Dreams, Reflections. Yogyajarta:Penerbit Jendela
Jung, C.G (2014). The Structure and Dynamic of Psyche.New York: Routledge 27 Church Road. ISBN 978-0-415-06581-8 (hbk)
Jung, C.G (2014). The Archetype and The Collective Unconscious. New York: Routledge
Kadir Umbat (1974). Pong Kapong. Kuching. Borneo Literature Bureau
Kamanto Sunarto (2000). Pengantar Sosiologi Edisi Kedua. Jakarta: Lembaga Penerbit Fakultas Ekonomi Universitas Indonesia.
Keith Tudor edited by Joseph Cambray & Linda Carter (2004). Analytical Britain: Brunner-Routledge Taylor and Francis Group.
Marry Ann Mattoon (1981). Jungian Psychology in Perspetive. New York: The Free Press: A Division of Macmillan Publishing Co.,Inc.
Matusky, Patricia (2012). Timang (Pengap), Pelian, and sabak: Iban Leka Main Singing Stail. Borneo Research Buletin, Vol 43. P114-33-20p
Meling, Joshua., “Aspek Sosial Kebudayaan dan Keagamaan Masyarakat di Sarawak” dlm. Adat Resam Penduduk Sarawak. Kuching: Kerajaan Negeri Sarawak, 1988.
Mohd. Majid Konjing (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M.H Abraham (1999). A glossary of Literary Terms Seventh Edition pdf. Cornell University: Heinle & Heinle
Murray, C.I., Toth, K., & Clinkinbeard, S. (2005). Death, dying, and grief. (pp. 750102). Dalam P.C. McKenry and S. Price (Eds.) Families and change: Coping with stressful events. (3rd ed.). (ms 75-102). Thousand Oaks, CA: Sage
Nalong anak Buda & Johnny anak Chuat (2007). Gempung Jerita Tuai Bansa Iban. Bintulu: Pegari Iban Production.
Nalong anak Buda & Johnny anak Chuat (2009). Iban Pegai Rajah Brooke Edisyen I & II. Bintulu:Pegari Iban Production.
Raymond Buckland (2014). Signs, Symbols & Omens. United States of America: Liewellyn Worldwide Ltd.
Robert Menua Saleh (2000). Sabak. Kuching:Tun Jugah Foundation.
Reynolds, L., Botha, D. (2006), Anticipatory grief: Its nature, impact, and reasons for contradictory findings, Counselling, Psychotherapy, and Health, 2(2), 15-26, July 2006
Soerjono Soekanto (2009). Sosiologi suatu Pengantar. Jakarta: Rajawali Press.
Vinson H. Sultive (2013). sabak-Assuaging Grief, Ngingit Issue 3. Kuching: The Tun Jugah Foundation.
Vinson & Joanne Sultive (2001). The Encyclopeadia of Iban Studies, Vol. 1-3. Kuching: The Tun Jugah Foundation.
Vinson & Joanne Sultive (2002). Tears of Sorrow, Words of Hope. Kuching: The Tun Jugah Foundation
Vinson H. Sultive, JR (1992). The Iban of Sarawak: Cronicles of a vanishing world. Kuala Lumpur: S.Abdul Majeed &Co
Vinson & Joanne Sultive (1994). Handy Reference Dictionary of Iban and English. Kuching: Tun Jugah Foundation
Vinson & Joanne Sultive (2001). The encyclopedia of Iban Studies, Vol 1-3. Kuching: Tun Jugah Foundation
https://en.wikipedia.org/wiki/Ouroboros
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |