UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Kajian ini bertujuan meninjau penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum di kalangan guru sekolah menengah. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang keadaan semasa pelaksanaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan inisiatif yang boleh diambil terhadap masalahmasalah yang dikenalpasti bagi memperluaskan Pendidikan Alam Sekitar di masa hadapan. Selain itu, kajian ini juga ingin mendapat persepsi guru mengenai penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan amalan sedia ada di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 613 guru-guru sekolah menengah disekitar negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan yang dipilih menggunakan kaedah persampelan mudah. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik yang mengandungi item-item skala Likert 5 mata, 3 mata, soalan separa struktur dan soalan terbuka. Data kuantitatif dianalisis menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Science) Versi 12.5. Analisis statistic deskripsi digunakan bagi mendapat kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Data bagi soalan separa struktur dan soalan terbuka dianalisis secara kualitatif dengan membentuk tema dan kategori yang timbul daripada maklumbalas yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan guru sekolah menengah masih tidak pasti tentang penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum daripada aspek maklumat terperinci yang diterima, pelaksanaannya, dan kaedah serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Semua guru mempunyai masalah yang sama dalam penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum iaitu, masalah sikap, kesedaran, pengetahuan, kemahiran, sokongan moral, kewangan, kekangan masa dan dalam kurikulum di sekolah. Beberapa inisiatif dan inovasi yang berkesan telah dikenalpasti untuk memperluaskan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan mengatasi masalah yang dihadapi. Kajian ini juga telah mengemukakan beberapa implikasi dan cadangan bagi memantapkan kajian-kajian masa depan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |