UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :research_report
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Hamidah Yusof
Title :Meneroka pendidikan kewarganegaraan global di sekolah-sekolah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2018
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pendidikan kewarganegaraan global di sekolah rendah dan menengah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengumpul data melalui soal selidik. Soalan pertama hingga ketiga telah mendapat data daripada 49 orang; soalan keempat data daripada 87 orang guru; dan soalan kelima diperoleh daripada 155 pelajar diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Guru-guru yang menjadi responden terdiri daripada guru sekolah rendah dan menengah mengajar di sekolah-sekolah wilayah persekutuan, selangor, dan perak. Kajian ini mengkaji kurikulum dan buku teks Tahun 5 dan Tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bagi sekolah menengah bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani,Pendidikan Modal dan Sejarah. Dapatan kajian ini mendapati elemen pendidikan kewarganegaraan global ada dalam kurikulum dan buku teks kebanyakan mata pelajaran yang dikaji. Guru-guru juga menerapkan beberapa topik dalam pengajaran mereka. Pengetahuan, kemahiran dan attitud pelajar tentang pendidikan kewarganegaraan adalah rendah daripada persepsi guru. Manakala pelajar pula mereka menunjukkan tahap sederhana dalam pengetahuan, kemahiran dan attitud tentang pendidikan kewarganegaraan global. Guru berpandangan tahap pengetahuan adalah tinggi manakala kemahiran dan attitud pelajar tentang kewarganegaraan global adalah sederhana bagi keseluruhnya. Selain itu, di peringkat sekolah rendah didapati min adalah rendah bagi kebanyakan elemen kewarganegaraan berbanding pada peringkat sekolah menengah. Dapatan kajian juga menunjukkan min pengetahuan, kemahiran dan attitud pelajar di sekolah menengah lebih tinggi dari sekolah rendah. Manakala pelajar pula beerpandangan tahap pengetahuan, kemahiran dan attitud pelajar terhadap kewarganegaraan global adalah sederhana tinggi. Hubungan antara pengetahuan, kemahiran dan attitud terhadap kewarganegaraan global adalah tinggi, positif dan signifikan. Kajian ini memberi implikasi bahawa pendidikan kewarganegaraan global adalah penting untuk melengkapkan pelajar supaya dapat memahami isu global dan boleh menjadi warga negara global. Kajian ini mencadangkan supaya topik pendidikan kewarganegaraan global diajar merentas kurikulum. Implikasi kajian ini kepada pembuat dasar supaya meneliti keperluan pengetahuan, kemahiran dan attitud bukan sahaja untuk keperluan domestik tetapi juga keperluan menjadi warga global.

References

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2003). Belajar berfikir. Bentong: PTS Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

 

Banks, J. A. (2008). Diversity, group identity, and citizenship education in a global age. Educational

Researcher, 37(3), 129–139. DOI: 10.3102/0013189X08317501

 

Brues, C. & Richardson, G. (1989). Decision for Health,2nd. Ed. Wm.C.Brown: Dubuque, lowa.

 

Cogan, J.J. & Derricott, R. (2000). Citizenship for the 21st century: An international perspective on

education. London, England: Kogan Page.

 

Collins, H. (2003). Discrimination, equality and social inclusion. Modern Law Review, 66(1), 16–

43. doi:10.1111/1468-2230.6601002

 

Daniel Murdiyarso. (2003). Pemanasan Global dan Perubahan Iklim: Risiko masyarakat manusia

dan kesan kepada manusia. Dimuat turun dari

https://www.researchgate.net/profile/Daniel_Murdiyarso

 

Fazian Mohamad. (2014). Peranan Guru Sebagai Fasilitator Pembelajaran Berdasarkan Masalah

(Pbm) Dalam Mata Pelajaran Sains. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty

of Education.

 

Harlida Abdul Wahab & Asiah Bidin. (2008). Pensyarah undang-undang, Sekolah Pengurusan,

Universiti Utara Malaysia. Dimuat turun daripada http:// repo.uum.edu.my /447/1/

Harlida_Abdul_ Wahab.pdf

 

Huber, M & Rakan-rakan. (2011). How should we define health? BMJ, 343. Retreived from

https://www.bmj.com/content/343/bmj.d4163.

 

Kamaruddin Ismail. (2010). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru kimia terhadap

kaedah pembelajaran koperatif. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Keeble, B. R. (1987). The Brundtland commission: Environment and development to the year 2000.

Medicine and War, 3(4), 207–210. doi:10.1080/07488008708408769

 

Morais, D.B. & Ogden, A.C. (2011). Initial Development and Validation of the Global Citizenship

Scale. Journal of Studies in International Education, 15(5), 445-446.

 

Myers, J. P. (2016). Charting a democratic course for global citizenship education: Research

directions and current challenges. Education Policy Analysis Archives, 24(55), 1-19.

http://dx.doi.org/10.14507/epaa.24.2174

 

Owen, T. (2004). Human Security - Conflict, Critique and Consensus: Colloquium Remarks and a

Proposal for a Threshold-Based Definition. Security Dialogue, 35(3), 373–387.

doi:10.1177/0967010604047555

 

Oxfam. (2015). Education for global citizenship: A guide for school. Oxford: Oxfam Development

Education. Retrieved from https://www.oxfam.org.uk/education/resources/education-forglobal-

citizenship-a-guide-for-schools.

 

Park, S. (2013). Global Citizenship Education: Goals and Challenges in the New Millennium

(APCEIU Research Reports 2013-02). Seoul: Seoul Selection.

 

Rapport, A. (2008). A forgotten concept: Global citizenship education and state social studies

standards. The Jounal of Social Studies Research, 91-112.

 

Sabani, Bevis, & Finkel (1998). Civic education dalam perspektif internasional. Bandung:

Widya Aksara Press

 

Sharifah Alawiyah Alsagoff. (1985). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

 

Sukri Nyompa, Noraziah Alit, Mohd Fuad Mat Jali, Katiman Rostam. (2012). Migrasi dan impaknya

terhadap aspek sosial dan ekonomi di bandar Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Jurnal

Perspektif, 4(2), 85-98.

 

Sutrajat. (2014). Revitalisasi pendidikan multikultural dalam pembelajaran sejarah. Jurnal

Pembangunan Pendidikan: Fondasi dan Aplikasi, 2(1), 82-90.

 

Sutrisno. (2018). Peran pendidikan kewarganegaraan dalam membangun warga negara global.

Citizenship Jurnal Pancasila dan Kewarganegaraan, 6(1), 41-51. Retrieved from http://ejournal.

unipma.ac.id/index.php/Citizenship

 

Syarbaini, S. D. (2006). Membangun Karakter dan Keperibadian melalui Pendidikan

Kewarganegaraan.

 

Somantri, Nu'man. (2001). Menggagas pembaruan IPS. Bandung: Remaja Rosdakarya.

 

UNESCO. (2015). Global citizenship education: Topics and learning objectives. Retreived from

https://unesdoc.unesco.org/ark:/48223/pf0000232993

 

UNESCO. (2017). Measurement strategy for SDG Target 4.7.

http://uis.unesco.org/sites/default/files/documents/gaml4-measurement-strategy-sdgtarget4.7.

pdf

 

Wahab, Abdul Aziz & Sapriya. (2011). Teori dan landasan pendidikan kewarganegaraan. Bandung:

Alfabeta

 

Winarno. (2013). Pembelajaran pendidikan kewarganegaraan: Isi, strategi, dan penilaian. Jakarta:

PT. Bumi Aksara

 

Zainal, K. (2009). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif teori tingkah laku,

humanistik, psikoanalitik & tret personaliti. Jurnal Pengajian Umum, 9, 43-55.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.