UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :research_report
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Ridzwan Che Rus
Additional Authors :Zaliza Hanapi
Mohd Azlan Mohammad Hussain
Title :Pembangunan model pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional UPSI (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2018
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul pengajaran guru pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVETaGogi) berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning. Proses untuk membangunkan modul TVETaGogi adalah berpandukan model ADDIE yang mengandungi tiga fasa. Data fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 2 orang tenaga pengajar dan 62 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk dan Teknologi) dengan kepujian yang mengambil mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pertanian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapatan daripada item soal selidik dianalisis secara deskriptif untuk mengenal pasti keperluan bagi pembinaan modul TVETaGogi. Data fasa kedua peringkat reka bentuk modul diperoleh melalui teknik Delphi Ubahsuai berdasarkan pandangan dan keputusan sembilan ahli panel pakar yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang pertanian, teknologi pendidikan, dan kurikulum. Nilai Julat Antara Kuartil dikira untuk mendapatkan nilai kesepakatan pakar terhadap semua item soal selidik. Tiga pakar dipilih untuk memurnikan modul prototaip. Data fasa ketiga diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca yang bertujuan untuk menguji keberkesanan modul. Ujian kefahaman dijalankan ke atas 62 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pertanian bagi tajuk Fertigasi. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk true eksperimen digunakan pada peringkat untuk menguji keberkesanan modul. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan terdapat keperluan bagi membangunkan modul TVETagogi berasaskan Project Oriented Problem Based Learning dan Work Based Learning. Dapatan analisis juga menunjukkan tajuk Fertigasi adalah tajuk yang paling sukar berbanding tajuk lain yang terkandung dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi Pertanian. Menurut pandangan tenaga pengajar, modul

References

Abdel-Wahab, M. (2012). Rethinking apprenticeship training in the British construction industry.

Journal of Vocational Education & Training, 64(2), 145–154.

doi:10.1080/13636820.2011.622450.

 

Cheong, K. C., & Lee, K. H. (2016). Malaysia's education crisis-can TVET help?. Malaysian

Journal of Economic Studies, 53(1), 115.

 

Idris Jusoh (2016). Cara Pengajaran Perlu Berubah Mengikut Kehendak Zaman. Bernama.

Akses 23 Ogos 2019.

 

Mahathir Muhamed (2018). Video Perlantikan Menteri Menteri Kabinet.

 

Maszlee Malik (2018). Video Perlantikan Menteri Pendidikan Malaysia.

 

Norlidah Alias (2019). Tambah Kemahiran Guru TVET. Harian Metro. 10 Jun 2019

 

Lucas, B (2014a). Vocational Pedagogy: What it is, why it matters and what we can do about it.

Background Note for UNESCO-UNEVOC e-Forum.

 

Lucas, B. (2014b). Vocational Pedagogy: What it is, why it matters and how to put it into

practice.

 

Koehler, M., & Mishra, P. (2009). What is technological pedagogical content knowledge

(TPACK)?. Contemporary issues in technology and teacher education, 9(1), 60-70.

 

Paryono, P. (2015). Approaches to preparing TVET teachers and instructors in ASEAN member

countries. TVET@ Asia, 5, 1-27.

 

Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan UPSI (EDGE) (2017). Statistik

Kebolehpasaran graduan UPSI.

 

UNESCO SDG (2015). Sustainable Development Goals.

 

UNESCO UNEVOC TVET (2017). Leadership Programme for Southern and Eastern Africa

Capacity Building for Transformational TVET Leaders: vision, knowledge and skills.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.