UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :research_report
Subject :QA Mathematics
Main Author :Nor ain Mohd Tajudin
Additional Authors :Norsida Hasan
Mazlini Adnan
Noorazrin Abdul Rajak
Title :Pembangunan modul Adventure-Based Learning untuk Kursus Statistik Asas peringkat Diploma
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2018
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Adventure-Based Learning yang dikenali sebagai MARBLE bagi kursus Statistik Asas peringkat Diploma. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan yang telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka bentuk MARBLE, (3) Pembangunan MARBLE(4) Pelaksanaan pengajaran, dan (5) Penilaian MARBLE. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Kesahan Kandungan dan Soal Selidik Kebolehpercayaan MARBLE. Kesahan modul dilaksanakan oleh tiga pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan kebolehpercayaan modul dipilih secara rawak terdiri daripada 30 guru pra-perkhidmatan matematik daripada sebuah Univeristi Awam. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indek kesahan kandungan MARBLE ialah 1.00, dan (2) Indek kebolehpercayaan MARBLE iaitu nilai alfa Cronbach ialah 0.84. MARBLE merangkumi empat aktiviti iaitu Adventure Berjalan Kaki, Adventure Flying Fox, Adventure Rentas Halangan dan Adventure Berkonsepkan Abseiling. Pelbagai tugasan kompleks dalam aktiviti adventure direka bagi menggalakkan pelajar melaksanakan pembelajaran secara penerokaan, penyiasatan, serta penyelesaian masalah. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membangunkan satu modul Adventure-Based Learning bagi kursus Statistik Asas iaitu kursus Statistik Inferensi (SMS1044) yang sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang memuaskan. Implikasinya, MARBLE boleh digunakan sebagai satu kaedah pengajaran transformatif, autentik dan menarik khususnya di peringkat pengajian diploma serta umumnya di peringkat pengajian tinggi ke arah Kurikulum Tersedia Masa Hadapan.

References

Creswell, R. (2014). Research design: qualitative, quantitative, and mixed methods approaches. USA: Sage Publications

 

Doering, A., Scharber, C., Riedel, E., & Miller, C. (2010). “Timber for president”: Adventure learning and motivation. Journal of Interactive Learning Research, 21, 483–513.

 

Hui, S. K. F., & Cheung, H. Y. (2004). How does learning happen for people participating in adventure training? Asia Pacific Education Review, 5(1), 76–87. http://doi.org/10.1007/BF03026281

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013 ).Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015 ). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PengajianTinggi) 2015-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.

 

Kemp, J. E., Morrison, G. R., & Ross, S. M. (2012). Designing Effective Instruction. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice-Hall Inc.

 

Lynn, M. R. (1986). Determination and quatification of content validity. Nursing Research, 35, 382–385.

 

Mohd Afifi Burhanudin Setambah. (2017). Pembangunan dan pengujian pengajaran berasaskan adventure terhadap pencapaian, pemikiran kritis dan kepimpinan bagi topik Statistik. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

 

Mohd Afifi Bahurudin Setambah, Nor’ain Mohd Tajudin, Mazlini Adnan, & Muhamad Ikhwan Mat Saad. (2017). Adventure Based Learning Module: Content Validity and Reliability Process. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(2), 2615-62.

DOI: 10.6007/IJARBSS/v7-i2/2669

 

Piskurich, G. M.(2016). Rapid Instructional Design: Learning ID Fast and Right, NJ, USA: John Wiley & Sons, Hoboken.

 

Rhodes, H. M., & Martin, A. J. (2013). Behavior Change After Adventure Education Courses: Do Work Colleagues Notice? Journal of Experiential Education, 37(3), 265–284.

 

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. 2005. Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysi

 

Sutherland, S., & Stuhr, P. T. (2012). Reactions to implementing adventure-based learning in physical education. Sport, Education and Society, 19(4), 1–18. http://doi.org/10.1080/13573322.2012.688807

 

Veletsianos, G., & Kleanthous, I. (2009). A review of adventure learning. International Review of Research in Open and Distance Learning, 10(6), 84–105.

 

Weilbach, T., Meyer, C., & Monyeki, M. (2011). The effect of adventure-based experiential learning on personal effectiveness of adolescents. African Journal for Physical, Health Education, Recreation and Dance, 16(4), 131–140. http://doi.org/10.4314/ajpherd.v16i4.64277


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.