UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Penyelidikan ini bertujuan membangunkan modul kursus Pengajian Kenegaraan mengikut topik berkonsepkan Pembelajaran Abad ke-21. Hasil kajian literatur mendapati pembelajaran abad ke-21 memberi kesan yang positif kepada sikap, motivasi, penguasaan ilmu pelajar dan tidak hanya tertumpu kepada fakta dan teori semata-mata. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-21 perlu banyak diaplikasikan dalam pengajaran supaya pelajar lebih berdaya saing. Yang paling penting, ibu bapa memahami dan menyokong penuh transformasi pendidikan yang melibatkan proses pembelajaran abad ke-21. Dapat dikatakan pembelajaran abad ke-21 menjadikan pendidikan sedia ada lebih fleksibel, kreatif, mencabar dan lebih kompleks. Dalam penyelidikan ini, kursus Pengajian Kenegaraan (HNP2012) dipilih untuk dibangunkan sebuah modul aktiviti PdP berkonsepkan pembelajaran abad ke-21. Kursus ini dipilih kerana, kursus wajib universiti yang melibatkan semua program dan sesuai bagi memenuhi salah satu tujuan pembelajaran abad ke 21 iaitu mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik dalam usaha memupuk sikap positif dan timbul rasa hormat terhadap perbezaan etnik, bangsa dan budaya. Selain itu, mempunyai kumpulan yang besar (120 pelajar/kumpulan), untuk menarik minat pelajar kerana terdapat persepsi bahawa kursus ini membosankan dan kursus ini penting dalam melahirkan wargenegara yang baik dan bertanggungjawab. Kajian ini menggunakan konsep pembelajaran abad ke-21 sebagai asas dan Model ADDIE untuk merancang sistem pembelajaran (Dick & Carry 1996). Model ini digunakan bagi merangka proses yang meliputi proses Analysis (analisis), Design (reka bentuk), Development (perkembangan), Implementation (pelaksanaan) dan Evaluation (penilaian). Implikasi daripada penyelidikan ini, dapat menghasilkan modul aktiviti PdPC yang boleh mencapai hasil pembelajaran dengan efektif serta pendekatan yang sistematik seiring dengan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. |
References |
Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. (2017). Pembelajaran abad ke 21 dalam kepelbagaian budaya: Harapan dan cabaran, Prosiding Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-8 (PEDA8) (ms.1-12). Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Allen, W. C. (2006). Overview and evolution of the ADDIE training system. Advances in Developing Human Resources, 8(4), 430–441.
Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7 (2) Nov: 77-88.
Aminordin Che Lah & Fong, S. F. (2004). Kesan grafik berkomputer dalam pembelajaran fenomena cuaca. Journal PendidikdanPendidikan, 19, 19-31.
Azizah Mat Ail. (2015). Analisis Penguasaan Kemahiran Penaakulan Saintifik, Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Abad ke-21 dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Jajahan Bachok, Kelantan. Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Badrul Hisham Alang Osman (2017). Amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10, 1-25.
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin, & Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka Bentuk Perisian Multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Cozby, P. C. (2001). Measurement concepts. Methods in behavioral research. California: Mayfield Publishing Company.
Darvina Omar (2003) Pembangunan dan penilaian bahan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) berasaskan CD interaktif bagi mata pelajaran pemasaran 1 di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Etistika Yuni Wijaya, Dwi Agus Sudjimat & Amat Nyoto (2016). Transformasi pendidikan abad 21 sebagai tuntutan pengembangan sumber daya manusia di era global. In Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Matematika (Vol. 1, No. 26, pp. 263-278).
Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin dan Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21. Bangi: Sasbadi Sdn.Bhd.
Greer, M. (1996). The project manager’s partner: A step-by-step guide to project management. Amherst: HRD Press.
Halif Md Saleh dan Sakilah Mohamad Lawi. (2015). Persepsi Ibu Bapa dan Murid Tahun 4 dan 6 Terhadap Pembelajaran Abad ke 21: Satu Kajian Kes. Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPNP). (2016). Pembelajaran abad ke-21: Amalan dan Pelaksanaan di Sekolah. Diperolehi dari http://jpnperak.moe.gov.my/. Tarikh akses 02 September 2016.
Jamalludin Harun & Siti Nurulwahida Mohd Zainul Abidin (2010) Pembangunan modul pembelajaran berbantukan video interaktif bagi pembelajaran pengaturcaraan visual basic berdasarkan pendekatan projek. http://eprints.utm.my/id/eprint/10830/.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kemp, J., Morrison, G., & Ross, S. (1998). Designing effective instruction (2nd Edition). New York: Merrill.
Khairuddin Nisa (2015). Rekabentuk instruksional berdasarkan model ADDIE : Analisis Kajian di Emporia State University Korea Selatan dan Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi dari https://www.academia.edu/6992305/Rekabentuk_Instruksional_Berdasarkan_Model_ADDIE_Analisis_Kajian_di_Emporia_State_University. Tarikh akses 15 September 2019.
Norhapizah Mohd Burhan, Ab. Halim Tamuri & Norazah Mohd Nordin (2017). Penerimaan Modul Pembelajaran Digital Berasaskan Strategi Blended Learning (e-CITAC) Dalam Kursus TITAS. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 4(1), 1-16.
Nur Khazinatul Fateha Kamarruddin & Zamri Mahamod. (2016). Sikap, motivasi dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Kelima, 2016, 373-392.
Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman & Mohd Razha Abd. Rashid (2011). Keberkesanan Proses pembelajaran menggunakan teknologi sidang video. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1), 55-65.
Siti Mahani binti Muhazir & Nazlinda binti Ismail. (2016). Generasi Z: Tenaga Kerja Baru dan Cabarannya. Diperolehi dari http://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/2015/Generasi_Z.pdf. Tarikh akses: 02 September 2016.
Ummu Nasibah Nasohah, Muhammad Izuan Abd Gani & Nazipah Mat Shaid @ Md Shaid (2015). Model ADDIE dalam proses reka bentuk modul pengajaran: bahasa Arab tujuan khas di Universiti Sains Islam Malaysia sebagai contoh. Dalam Proceeding of the International Seminar on Language Teaching IseLT (pp. 4-5).
Zamri Mahamod (2011). Memperkasa guru, mempercekap pelajar: Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dalam abad ke-21. Kertas Kerja Ucaptama di Seminar Bahasa Melayu Singapura, 2011, 1-30. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |