UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ialah untuk mengukur kesan Intervensi Modul Rakan Mentor (MRM) ke atas penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester antara Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Kajian eksperimen kuasi praujian-pascaujian dijalankan ke atas 90 subjek (30 dari Kumpulan Rawatan MRM Individu, 30 dari Kumpulan Rawatan MRM Kelompok, dan 30 dari Kumpulan Kawalan) dalam kalangan pelajar rendah pencapaian akademik di sebuah Universiti Swasta. Subjek Kumpulan Rawatan didedahkan dengan Intervensi MRM sebanyak sepuluh sesi yang mengambil masa sepuluh minggu. Instrumen Rosenberg Self-Esteem Scale dan Achievement Goal Questionnaire, serta gred keputusan trimester digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester dalam ukuran praujian dan pascaujian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min, serta analisis secara inferensi menggunakan ujian ANOVA, ujian ANCOVA, dan ujian Mann Whitney U. Hasil kajian menunjukkan Intervensi MRM dapat meningkatkan penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester bagi Kumpulan Rawatan berbanding Kumpulan Kawalan. Intervensi ke atas Kumpulan Rawatan MRM Kelompok didapati lebih berkesan berbanding Kumpulan Rawatan MRM Individu. Kesimpulannya, Modul Rakan Mentor terbukti berkesan meningkatkan penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester dalam kalangan pelajar rendah pencapaian akademik. Kajian ini memberikan implikasi bidang latihan rakan mentor dalam bimbingan pementoran di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |