UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Siti Rosminah Md Derus
Title :Kesan pelbagai strategi pembelajaran aktif berbantukan visualisasi program terhadap prestasi pengaturcaraan dan efikasi-kendiri pelajar
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pelbagai strategi pembelajaran aktif berbantukan visualisasi program (InterViz) terhadap prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasi-kendiri pelajar yang berbeza keupayaan pemikiran logik. Penilaian dilakukan melalui ujian pra, ujian pasca dan Computer Programming Self- Efficacy Scale. Manakala, empat strategi pembelajaran aktif telah dilaksanakan berpandukan empat aras tertinggi Engagement Taxonomy (ET) iaitu bertindak balas (SPAB), ubahsuai (SPAU), membina (SPAM) dan pembentangan (SPAP). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan ujian statistik ANCOVA, ANOVA dan analisis regresi digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Seramai 169 pelajar semester 5 kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik (Teknologi Komputer) dari empat buah politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasikendiri antara kumpulan pelajar yang menerima strategi pembelajaran aktif berasaskan empat aras tertinggi ET yang berbeza. Selain itu, daripada aspek keupayaan pemikiran logik pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasi-kendiri dalam kalangan kumpulan pelajar yang mempunyai tahap pemikiran logik tinggi dan juga tahap pemikiran logik rendah. Kajian ini juga menemui peranan efikasi-kendiri sebagai pengantara separa yang signifikan terhadap perhubungan antara strategi pembelajaran aktif dengan prestasi pengaturcaraan perkakasan pelajar. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan strategi pembelajaran aktif membina (SPAM) didapati mampu meningkatkan prestasi pengaturcaraan perkakasan pelajar serta meningkatkan juga aras efikasi-kendiri mereka. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan penggunaan gabungan sekurangkurangnya tiga aras tetinggi ET iaitu dari aras bertindak balas, aras mengubahsuai dan aras membina dalam merancang strategi lembaran kerja makmal untuk pembelajaran pengaturcaraan berbantukan visualisasi program.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.