UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Perkembangan teknologi di dunia kini semakin pesat membangun. Perkembangan ini tidak hanya tertumpu di sektor tertentu sahaja bahkan di sektor pendidikan. Kajian lepas menunjukkan guru-guru di Malaysia kurang mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka di dalam bilik darjah. Tambahan pula, minat dan motivasi murid semakin menurun kerana guru hanya menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Apabila senario ini berterusan maka hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam bidang Sains dan Teknologi terbantut. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti keperluan reka bentuk aplikasi android Sains untuk murid tahun 5 sekolah kebangsaan. Teori Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) telah digunakan sebagai model asas dalam kajian ini. Satu kajian tinjauan telah dijalankan dalam kalangan 188 orang murid tahun lima sekolah kebangsaan luar bandar untuk mengkaji adakah terdapat keperluan untuk mengaplikasikan penggunaan aplikasi mudah alih android Sains di sekolah kebangsaan luar bandar. Data analisis statistik deskriptif yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Data-data tersebut di interpretasi berdasarkan nilai min, peratus dan sisihan piawai. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar (76.1%, n= 188) memiliki sekurang-kurangnya satu peranti mudah alih. Selain itu, aktiviti yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai wadah pembelajaran mempunyai peratus yang besar iaitu 53.7%. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa murid-murid tahun lima di sekolah kebangsaan luar bandar mempunyai akses kepada keperluan teknologi untuk M-Pembelajaran. Hasil keputusan ini menunjukkan terdapat keperluan untuk membangunkan aplikasi mudah alih android Sains untuk kegunaan Pembelajaran Mudah Alih (M-Pembelajaran) dalam kalangan murid tahun lima di sekolah kebangsaan luar bandar di Malaysia. |
References |
Abachi, H. R., & Muhammad, G. (2014). The impact of m-learning technology on students and educators. Computers in Human Behavior, 30, 491–496. https://doi.org/10.1016/j.chb.2013.06.018. Alijah Ujang. (2016). Pembangunan Modul Pembelajaran Webquest Pendidikan Kesihatan Untuk Guru Pelatih Murid Bermasalah Pembelajaran. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Aminuddin Hassan, Fadzilah Abd Rahman & Kuan Yew , S. (2015). Meneroka Pemikiran Logik Melalui Penggunaan Aplikasi Mudah Alih. International Journal of Education and Training (InjET). 1(2), 1-7. Chachil, K., Engkamat, A., Sarkawi, A., & Shuib, A. R. A. (2015). Interactive multimedia-based Mobile Application for Learning Iban Language (I-MMAPS for Learning Iban Language). Procedia - Social and Behavioral Sciences. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.12.673. Ewais, A., & Troyer, O. De. (2019). A Usability and Acceptance Evaluation of the Use of Augmented Reality for Learning Atoms and Molecules Reaction by Primary School Female Students in Palestine. Journal of Educational Computing, 57(7), 1–27. https://doi.org/10.1177/0735633119855609. Falloon, G. (2017). Mobile Devices and Apps as Scaffolds to Science Learning in the Primary Classroom. Journal of Science Education and Technology, 26(December 2017), 613–628. https://doi.org/10.1007/s10956-017-9702-4. Fazzlijan Mohamed Adnan Khan. (2015). Penilaian Koswer Multimedia Interaktif Dengan Pendekatan Koperatif Masteri Dalam Meningkatkan Pencapaian Respirasi Sel. Jurnal Pemikir Pendidikan, 81–94. Hussain, H., & Shiratuddin, N. (2017). Multimedia Dan Antara Muka Tablet Dalam Menilai Penceritaan Digital (Reliability And Correlation Of Multimedia Element And Tablet Interface In Digital). Jurnal Ilmiah Komputer Dan Informatika (Komputa), 31, 27–45. Iksan, Z. H., & Saufian, S. M. (2012). Mobile Learning: Innovation in Teaching and Learning Using Telegram. International Journal of Pedagogy and Teacher Education (IJPTE), 11(1), 19–26. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. M. Yanyan Herdiansyah & Irawan Afrianto. (2013). Pembangunan Aplikasi Bantu Dalam Menghafal Al-Quran Berbasis Mobile. Jurnal Ilmiah Komputer Dan Informatika (Komputa), 2(2). Mingsiritham, J. K. & K. (2016). Engaging Virtual Learning Environment System to Enhance Communication and Collaboration Skills among ASEAN Higher Education Learners. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 11(4), 103–113. Retrieved from http://10.0.15.151/ijet.v11i04.5503%5Cnhttp://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=eue&AN=114317861&site=ehost-live. Mohamad Zain, S. (2021). Criticism of KBAT and its successor’s recommendations. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 20-29. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.1.2.2021. Muhammad Raflee, S. S., & Halim, L. (2021). The Effectiveness of Critical Thinking in Improving Skills in KBAT Problem Solving. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 11(1), 60-76. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.1.6.2021. Norlidah Alias. (2013). Design and Development Research: Emergent Trends in Educational Research (pp. 1–16). Nurahimah MohdYusof & Muhammad Nidzam Yaakob. (2016). Analisis Fuzzy Delphi Terhadap Peluang Pelaksanaan m-Pembelajaran Dalam Kalangan Pensyarah Di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 10, 98–117. O'Bannon, B.W., & Thomas, K. (2015). Mobile phones in the classroom: Preservice teachers answer the call. Journal of Computers and Education, 85(July 2015), 110-122. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2015.02.010. Othman, A., Ibrahim, D. A., Abdullah, N. A., & Umanan, F. (2021). Development of Teaching and Learning Model using TPACK Framework and Effectiveness of e-Learning for Matriculation Chemistry subject. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 1-19. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.1.1.2021. Oz, H. (2014). Prospective English Teachers ’ Ownership And Usage Of Mobile Devices As M-Learning Tools. Procedia - Social and Behavioral Sciences. https://doi.org/11.1017/j.sbspro.2014.17.536. Pallant, J. (2007). SPSS survival manual—A step-by-step guide to data analysis using SPSS for windows (3rd ed.). Maidenhead: Open University Press. Rafiee Jamian & Hafsah Taha. (2020). Analisis Keperluan Kebolehgunaan Aplikasi Mudah Alih Terhadap Sikap, Minat dan Pengetahuan Asas Matematik Tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 10(1), 9-15. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol10.1.2.2020. Ramlan Mustapha. (2017). Reka Bentuk Model Integriti Akademik Berasaskan Penghayatan Rohani. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Saleh, M. P. (2016). Model pengajaran M-Pembelajaran berasaskan kaedah inkuiri mata pelajaran sejarah peringkat menengah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Sharples, M., Taylor, J., & Vavoula, G. (2007). A Theory of Learning for the Mobile Age. In R. Andrews, & C. Haythornthwaite (Eds.), The SAGE Handbook of E-Learning Research (pp. 221-247). Thousand Oaks, California: SAGE. Shi, Z., Luo, G., & He, L. (2017). Mobile-assisted language learning using WeChat instant messaging. International Journal of Emerging Technologies in Learning, 12(2), 16–26. https://doi.org/10.3991/ijet. v12i02.6681. Siti Norsyiqah Azmi &, & Khairunniza Abdul Hamid. (2018). Penggunaan Nota Digital Meningkatkan Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu (pp. 413–434). Venkatesh V., Morris M.G., Davis F.D. & Davis G.B. (2003). User acceptance of information technology: Toward a unified view. MIS Quarterly 27: 425-478. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |