UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pendidikan STEM merupakan pendidikan bertunjangkan pengintegrasian bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan isi kandungan dan menguji kebolehgunaan Modul Pengajaran STEM bagi bidang pembelajaran Statistik dan Kebarangkalian dalam KSSM Matematik Tingkatan Dua. Ujian kebolehgunaan modul ini dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang dibahagikan kepada tiga konstruk utama iaitu keberkesanan, kecekapan dan kepuasan. Terdapat 45 item soal selidik dan satu bahagian soalan terbuka untuk cadangan dan pandangan responden. Kajian ini melibatkan 42 orang guru matematik di sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan yang dipilih secara rawak. Analisis data dilaksanakan secara deskriptif dan analisis kandungan bertema. Hasil kajian menunjukkan, pengintegrasian STEM menerusi projek “Catapult” dan “Kotak Kitar Semula” dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) topik Sukatan Kecenderungan Memusat dan Kebarangkalian Mudah ini mampu memberi panduan khusus kepada guru dalam (PdPc) bidang pembelajaran Statistik dan Kebarangkalian. Pengujian kebolehgunaan modul menunjukkan peratusan ketiga-tiga konstruk dengan masing-masing adalah 92.5%, 89.8% dan 87.7% adalah tinggi. Analisis pandangan dan cadangan bertemakan ciri-ciri istimewa, kelemahan, cadangan penambahbaikan dan bahagian yang memerlukan suntingan menunjukkan majoriti responden memberikan komen terhadap ciri-ciri istimewa, iaitu mudah difahami, aktiviti berpusatkan murid mampu menarik minat mempelajari statistik, meringankan tugas dan menjimatkan masa guru, menepati kandungan buku Teks, muka depan yang menarik serta saiz yang mudah dibawa. Implikasinya, pengembangan pengetahuan berasaskan STEM guru-guru Matematik adalah meningkat. Dijangkakan juga, para guru matematik berupaya melakukan perubahan amalan sedia ada serta menjadi lebih kritis dan kreatif semasa PdPc dijalankan sekaligus memberikan murid pengalaman pembelajaran yang bermakna. |
References |
Adnan, M., Puteh, M., Tajuddin, N. M., Maat, S. M. & Ng, C. H. 2018. Integrating Stem Education Through Project-Based Inquiry Learning In Topic Space Among Year One Children. The Turkish Online Journal of Design, Art and Communication. Special edition, 1383-1390. Aliza, A. & Zamri, M. 2016. Pembangunan Dan Kebolehgunaan Modul Berasaskan Bermain Bagi Pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 6(1), 16-29. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2016. Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bryan, L. A., Moore, T. J., Johnson, C. C., & Roehrig, G. H. 2016. Integrated STEM education. In C. C. Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds.), STEM road map: A framework for integrated STEM education (pp. 23-37). NY: Routledge Taylor & Francis Group. Bybee R. W. 2013. The Case for STEM Education: Challenges and Opportunities. National Science Teachers Association. Arlington, Virginia: NSTA Press. Cheah U. H., Teong M. M., Tan K. K., Ng S. M. & Noor Adillah O. 2016. Kesukaran murid menjawab soalan ujian literasi matematik sekolah menengah. Dalam TIMSS dan PISA Kajian Malaysia 2015, 23-62. Chiesi F. & Primi C. 2010. Cognitive and non-cognitive factors related to students’ statistics achievement. Statistics Education Research Journal, 9(1); 6-26. Ismail, S. 2018. Pembinaan dan Pengujian Kebolehgunaan Modul Pengajaran Berasaskan Peta Pemikiran Bagi Topik Nisbah Kadar dan Kadaran. (Tesis Ijazah Sarjana Tidak Diterbitkan). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jajuri, T., Hashim, S., Ali, M. & Syed Abdullah, S. M. 2019. The implementation of Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) activities and its effect on student’s academic resilience. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 34, 153–166. Jerki, A., & K Han, C. G. (2020). Influence of Teaching Experience in Knowledge, Motivation and Implementation of STEM Teaching and Learning. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia,10(2), 45-56. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Laporan TIMSS 2015 – Trends in International Mathematics and Sciences Study. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Khairani, A. Z. 2017. Assessing Urban and Rural Teachers’ Competencies in STEM Integrated Education in Malaysia. MATEC Web of Conferences, 87, 4004. Kheong, S. C. 2011. Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Tajuk Kebarangkalian Di Kalangan Pelajar Tingkatan 5. (Tesis Ijazah Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia. Kong, S. F., & Mohd Matore, M. E. @ E. (2020). STEM approaches in teaching and learning process: Systematic Literature Review (SLR). Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 10(2), 29-44. Lee, T. T. & Kamisah, O. 2012. Penggunaan Modul Multimedia Interaktif dengan Agen Pedagogi dalam Pembelajaran Elektrokimia: Kesan Terhadap Pemahaman Konsep dalam Elektrokimia. Sains Malysiana. 41(10), 1301-1307. Noraidah, S., Hairuliza, M. J., Abdul Azim, A. G., Mohd Hasan, S. & Aida Suraya, M. Y. 2010. Skor Pengukuran Kebergunaan Perisian Kursus Matematik Berdasarkan Faktor Penilai. Sains Malysiana. 39(4), 677-684. Norjanah, A., Siew N. M. & Crispina G. K. H. 2020. Meneroka Kreativiti Saintifik Melalui Pembelajaran STEM Berasaskan Projek: Satu Kajian Rintis. Journal for Educational Thinkers, 55-70. Nor Ilianie, M. I. 2011. Masalah Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Dalam Tajuk Statistik III. (Tesis Ijazah Sarjana Muda Tidak Diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia. Nur Amelia A. & Lilia H. 2019. Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia. Seminar Wacana Pendidikan 2019 (SWAPEN 2.0). Sahin, D., & Dilek, T. 2017. Examination of Mathematics Teachers’ Pedagogical Content Knowledge of Probability. Malaysian Online Journal of Educational Sciences, 5(2), 16-34. Samsudin, M. A., Md Zain, A. N., Jamli, S. M. & Ebrahim, N. A. 2017. Physics achievement in STEM project-based learning (PjBL): A gender study. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 32, 21–28. Shukri, A. A. M., Che Ahmad, C. N., & Daud, N. 2019. Pelaksanaan Modul Celik STEM Bagi Memperkasakan Pemikiran Kreatif Murid Tingkatan Satu. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4 (32), 219-237. Siti Nabila, K., Muzirah, M., Fainida, R., Nurul Akmal, M. & Nor Azian Aini, M. 2019. Pembangunan dan Penilaian Modul Pengajaran STEM Dalam Bidang Statistik Dan Kebarangkalian Dalam KSSM Matematik Tingkatan Dua. Journal of Quality Measurement and Analysis. 15 (2), 25-34. Siti Noor Asyikin, M. R., Suliadi, F. S., & Norazman, A. 2015. Pencapaian Kursus Matematik Dan Statistik Di Kalangan Pelajar UTHM: Faktor Mempengaruhi Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lebih Diminati. Jounal of techno social issue on society, technology & Governance, 7(2), 39-50. Stohlmann, M. 2019. Three Modes of STEM Integration for Middle School Mathematics Teachers. School Science and mathematics. 119:287-296. Su Ling, L., Pang, V., & Lajium, D. (2020). A Case study of teachers’ pedagogical content knowledge in the implementation of integrated STEM education. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 10(1), 49-64. Suriyati, U., Aszila A., Mohd Rizal, R., & Sharifah Norhuda, S. W. 2014. Statistics Anxiety Among Diploma in Wood Technology Students At Universiti Teknologi Mara. Gading Business and Management Journal, 18(1), 83-97. Syazwani, A., Siti Fadzilah M. N. & Hazura, M. 2018. Kebolehgunaan Aplikasi M-Pembelajaran TVET. Skill Malaysia Journal, 4(1), 34-46. TIMSS. 2011. International Mathematics Report: Findings from IEA’’S Repeat of The Third International Mathematics and Sciences Study at The Eighth Grade. Boston: International Study Centre, Lynch School of Education. Wang, H., Moore, T. J., Roehrig, G. H., & Park, M. S. 2011. STEM Integration: Teacher Perceptions and Practice. Journal of Pre-College Engineering Education Research, 1(2), 1-13. Williams A. S. 2010. Statistics anxiety and instructor immediacy. Journal of Statistics Education 18(2): 1-18. Zaleha A. & Ramlah M. 2011. Pembangunan Koswer Berbantukan Komputer Dengan Menggunakan Pendekatan Teori Pembelajaran Behaviorisme Bagi Topik Kebarangkalian. Journal of Science & Mathematics Education, 1-10.http://eprints.utm.my/id/eprint/12034/ diakses pada 2 Oktober 2018. Zaleha, A. M., Muhammad, M., Ixora, K. A., Azlan Helmy, A. S., Mohd Hisham, I. & Ismail, M. S. 2020. Simulation in Healthcare in the Realm of Education 4.0. Sains Malaysiana. 49(8), 1987-1993. Zamalia, M., & Porter, A. 2016. Students’ Perceived Understanding And Competency In Probability Concepts In An E-Learning Environment: An Australian Experience. Pertanika Journal of Sosial Sciences and Humanities, 24(5), 73-82. Zuraidah, A. & Junaidah, M. K. 2011. The Digital Library Usability Testing. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 9(1). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |