UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :T Technology (General)
Main Author :Nasheda Amira Mohd Sukimi
Title :Pembangunan aplikasi Jawi dalam memperkasakan Jawi di kalangan murid tahun 1 sekolah kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jawi merupakan tulisan arab yang telah diajar dan diamalkan oleh masyarakat Islam sejak berkurun lamanya dan ia mula diajar dan dididik kepada kanak – kanak diwaktu usia mereka masih kecil lagi. Bermula usia kanak – kanak ini memasuki umur 7 tahun, pembelajaran Jawi ini telah diwajibkan kepada mereka kerana telah terdapat di dalam silibus sekolah rendah. Oleh itu, satu aplikasi berkenaan dengan pembelajaran Jawi dan satu penyelidikan berkenaan aplikasi pembelajaran Jawi bagi memperkasakan Jawi di kalangan murid tahun 1 ini akan dijalankan. Tujuan penyelidikan adalah bagi memastikan semua murid tahun 1 ini mengetahui tentang asas Jawi yang berkaitan dengan pengenalan huruf dan juga sebutan huruf Jawi dengan betul. Oleh hal demikian, tujuan utama pembangunan aplikasi yang bakal dibangunkan ini adalah bagi meningkatkan tahap kelancaran bacaan Jawi bagi murid tahun 1. Selain itu, ianya juga bagi memberi satu alternatif kepada murid-murid tahun 1 mengenal huruf dan sebutan Jawi dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Di samping itu, ia juga untuk memberi kemudahan kepada murid – murid tahun 1 mengakses aplikasi pembelajaran Jawi dengan mudah hanya dengan menggunakan telefon bimbit di mana – mana sahaja disamping menarik minat mereka dengan aplikasi yang mempunyai elemen multimedia merangkumi elemen teks, gambar dan audio serta video yang menarik. Aplikasi yang bakal dibangunkan adalah aplikasi mudah alih yang mesra pengguna bagi memberi keselesaan dan kefahaman kepada pengguna. Secara umumnya, sasaran utama penyelidikan ini adalah dituju kepada murid-murid tahun 1. Responden bagi penyelidikan ini akan dipilih secara rawak dan satu set borang soal selidik akan dibahagikan bagi memungut data terhadap penyelidikan yang dijalankan.

References

Ahmad Faisal bin Abdul Hamid. (2014). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi: Analisis Mengenai Teori Kang Kyoung Seok (Historical Development of Jawi Script: Analysis to Theory of Kang Kyoung Seok), 9(2): 3.

Asyraf Ridwan Ali. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi Dalam Memperkasakan Tamadun Islam di Malaysia, 574-583.

Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2019). Kurikulum Standard Kelas al – Quran dan Fardhu Ain (KAFA), 70-71.

Hashim Musa & Adi Yasran Abdul Aziz. (2009). Pemerkasaan kembali tulisan Jawi. Jurnal Aswara, 4(1): 159-176.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2020). Buku Teks Kafa Tahun 1 (Jawi dan Khat), 1-14.

Juppri Bacotang. (2016). Aplikasi Model ADDIE dalam Pembangunan Modul Awal Literasi (Modul A-Lit) untuk Kanak-kanak TASKA, 2-9.

Mohamad Radhi Mohamad Yusof. (2021). Tahap Kefahaman dan Kemahiran Pengajaran Matapelajaran Jawi dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam (The Level of Understanding and Teaching Skills of Jawi Subjects Among Islamic Education Teachers). Vol. 5: 39-45.

Mohd. Alwee bin Yusoff. (2005). Perkembangan Tulisan Jawi Dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia, Vol.21: 24.

Norizan Mat Diah & Nor Azan Mat Zin. (2013). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Asas Jawi Bagi Kanak-Kanak Prasekolah. ESTEEM Academic Journal. 9(2): 28-38.

Rasyidah Ibrahim. (2019). Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini, 2(1): 30-31.

Suhana Abd Hamid. (2016). Statistik Penguasaan Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Agama, 50-63.

Takona, J. P. (2002). Educational Research Principles and Practice. United States, Universe.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.