UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji faktor pendorong yang mempengaruhi keinginan
mahasiswa semester akhir di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi(FPE), Universiti
Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dalam menjalankan perniagaan atas talian. Pendekatan
kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan sampel melibatkan 113 orang
mahasiswa semester akhir FPE, UPSI sebagai responden kajian. Sampel kajian dipilih
dengan menggunakan teknik kaedah pensampelan rawak mudah. Pengutipan data
dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik dan disebarkan melalui atas talian
menggunakan google form. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) melibatkan analisis deskriptif (frekuensi, min, dan
sisihan piawai) dan inferensi (ujian kolerasi pearson dan ujian t-test). Dapatan kajian
menunjukkan faktor pendorong yang paling dominan dalam mempengaruhi keinginan
mahasiswa semester akhir FPE, UPSI dalam menjalankan perniagaan atas talian ialah
faktor minat diikuti dengan faktor sumber dorongan dan faktor kecenderungan personal.
Selain itu, analisis kajian turut mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi faktor
minat, faktor sumber dorongan, faktor kecenderungan personal, faktor kewangan dan
faktor pengetahuan dalam menjalankan perniagaan atas talian berdasarkan jantina
mahasiswa FPE, UPSI. Dapatan kajian yang seterusnya membuktikan bahawa terdapat
hubungan signifikan di antara faktor-faktor dorongan itu sesama sendiri. Daripada kajian
ini, boleh disimpulkan bahawa faktor minat menjadi pilihan utama dalam mempengaruhi
keinginan mahasiswa di FPE, UPSI dalam menjalankan perniagaan atas talian. |
References |
Ahmad Firdause Bin Md Fadzil dan Mohd Rafi Bin Yaacob (2014). "Faktor Individu Sebagai Komponen Menyumbang Kepada Penciptaan Perniagaan Baharu Usahawan E-dagang."
Ahmad Hashim (2014). Panduan analisis data secara efisien : panduan lengkap berajah untuk menganalisis data. Bandar Baru Bangi: Dubook Press Sdn Bhd.
Aini Hassan (2007). "Kualitatif Atau Kuantitatif ? :Memahami Andaian Asas Mendasari Penyelidikan Pendidikan. Masalah Pendidikan. ." 30 (1) . Halaman 7-16 ISSN 0126-5024.
Aisyah Abdul-Rahman dan Wajeeha Zulkifly (2016). "Faktor penentu pengurusan kewangan: kes mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia." Jurnal Personalia Pelajar, 19 (2). pp. 85-94. ISSN 0128-2735.
Alstete, J.W (2002). "On Becoming Entreprenuer An Envolving Typology." International Journal of Entreprenurial Behaviour& Research.
Akmal Haqim (2017). E-Dagang. https://www.academia.edu/29731360/E-dagang (accessed Disember 12, 2019).
Amy Amira Mohammad Azmi, Safura Ahmad Sabri, Mohammed Rizki Moi (2018). "Kecenderungan Penglibatan Gen-Y dalam Perniagaan Secara Atas Talian."
Azlizan Talib, Mohd Nazaruddin Yusof, Zainal Md Zan & Kamarudin Ngah (2017). "EBisnes, Pemangkin Penyertaan Kaum Wanita dalam Keusahawanan Luar Bandar." Journal of Advanced Research in Business and Management Studies (Volume 9), 2017: 54-66.
Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Najwa (2012). "Potensi Keusahawanan dan Ciriciri Keusahawan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah."
Bill, Gillham. "Developing a questionnaire. London ; New York : Continuum Higgs (2014)." Social Norms and their influence on eating behaviours. School of Psychology, University of Birmingham B15 2TT, UK, 2000: 38-44.
Che Aishah Abd.Aziz (2015). "Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah. Kajian Lapangan Dalam Penyelidikan Kuantitatif." Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Chandra, G. (2001) Pemasaran Global Edisi 1. Yongyakarta: Penerbit Andi.
Erniwati Aliza Binti Miaat (2014) . "Faktor Yang Mendorong Kecenderungan Pelajar Kolej Vokasional Ke Arah Bidang Keusahawanan."
Faradillah Iqmar Omar & Samsudin Rahim (2015). "Penyertaan Digital dan Ciri Keusahawanan dalam Permerkasaan Usahawan Wanita di Malaysia." Jurnal Komunikasi : Malaysian Journal of Communication 31(1):241-256, 2015.
Ibrahim, Shahizam Bin. "Sistem Perniagaan Internet : Anggunasia.Com." Universiti Teknologi Malayasia, 2006.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Pelajar Edisi Kedua (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pengajian Tinggi (2006). "Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (soft skills) Untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia." Universiti Putra Malaysia.
Krejcie, R. V. & Morgan D. W. (1970). "Determining Sample Size for Research Activities ." Educational and Psyhological Measurement.
Maziharita Mohamood, Suria Md.Yusof & Siti Zaliha Omar (2015). "Ekosistem Keusahawanan Digital Dalam Kalangan Pelajar Jabtan Perdagangan Poiteknik."
Mohd Zulfadli (2009). "Usahawan Perniagaan Internet." Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Hassan Osman (2007). "Faktor-Faktor yang Telah Mendorong Graduan Dan Alumni Universiti Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan." Vol Penyelidikan 75004.
Mohd Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. 7th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Mustafa, Ummi Aishah, Mohd Daud, Shaffe, Mohd Senon, Maslinda, Mohd Ismail & Nur Baizura (2013). "Kecenderungan Kerjaya sebagai Usahawan dalam Kalangan Pelajar Bumiputera Tahun Akhir Diploma Perniagaan Tani, Kolej Profesional Mara Beranang." Tesis Sarjana yang diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Mohd Shahrir Abdullah (2015). "Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Diploma Kejuruteraan Politeknik Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan.
Mohd Yusri Ibrahim (2010). Bimbingan Cepat : Analisis Data Penyelidikan Untuk Pendidikan dan Sosial Sains. Bandar Ilmu Resources.
Mostafa R. Wheeler & C & Jones, M.(2005). "Entrepreneurial orientation commitment to the internet and export performance in small and medium sized exporting firms." Journal of International Enterprenuership, 3(4),291-302, 2005.
Muhammad Fadhir Ibrahim (2012) "Cabaran Golongan Belia Menceburi Bidang Keusahawanan Kajian Kes : Parit Raja Batu Pahat, Johor." Tesis Master yang diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Musbri Mohamed (2011). "E-Dagang & Undang-Undang : Perlindungn Pengguna Dalam Transaksi Jualan Barang di Malaysia."
Nizam B. Lawrence A, Thuraya Z, Norisham (2013) . "Cyber-Entreprenuerial Intention Among Undergraduates In Institutes of Higher Learning in Malaysia."
Nor Hadibah (2016). "Amalan Terbaik Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Larut Matang dan Selama, Perak." Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Pendidikan Sultan Idris .
Noor Azman Bin Abdullah (2017). "Faktor-faktor yang mempengaruhi Pelajar Kolej Matrikulasi Perak dalam Memilih Keusahawanan Sebagai Kerjaya."
Noordin Zakaria (2012). "Perniagaan Internet patuh dengan syariah." Dewan Ekonomi, 2012: 17-20.
Nor Rosmawati Binti Abdul Karim, Farah Binti Mohd Shahwahid, Nurza Binti Mohamed Yusoff (2017). "Adaptasi Pembelajaran E-dagang Sebagai Sumber Pendapatan Sampingan Melalui Perniagaan Dalam Talian."
Nor Suhaily Bakar, Muhammad Shahreza Samat, Nur Suriana Awaludin, Suhaimi Jaafar & Suhaila Nadzri (2016). "Kajian Faktor Penglibatan Belia Dalam Bidang Keusahawanan." Kolej Universiti Islam Antarabangsa,Selangor.
Norasmah Hj Othman & Salmah Ishak (2011). "Kecenderungan Terhadap Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Mengikut Persepsi Peserta Skim Usahawan Siswa."
Norazila Mat, Nurmaizura Marzuki, Jamsari Alias & Nur Atiqah Abdullah (2016). "Penglibatan Mahasiswa dalam E-Dagang." Kajian Kes di UKM, 2016: 59-69.
Norfardhilah Nasharudin & Halimah Harun (2010). "Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam." Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 11-17, 2010.
Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhyee Ahmad, Habshah Bakar, Mohamad Yusif & Mohd (2007). "Keusahawanan." Shah Alam: Mc Graw Hill Education.
Nur Ain (2015). "Kesan Kepelbagaian Kaedah Mengajar Guru Pelatih Terhadap Peningkatan Motivasi dan Pencapaian Pelajar." Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Plowlight, Kerry (2004). The Internet Business Resource Kit : Everything You Need To Make Money Online. Australia: AWP Publishing
Sabawan Johari, Faizatul Absharizan Abu Bakar, Siti Fatimah Ahmad Hisham (2016). "Kajian Mengenai Kecenderungan Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah dalam Menjalankan Perniagaan Atas Talian."
Shahrin Bin Hashim dan Norsila Binti Abdul Rahman (2007). "Kecenderungan Guru Pkpg (4SPH) Terhadap Bidang Keusahawanan." Universiti Teknologi Malaysia.
Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah (2011). "Media Baharu yang Baharu : Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia." Vol 13, No. 2. Malaysian Journal Of Media Studies.
Subramaniam, Shanthi (2008). Pengajian Perniagaan 1. Selangor Darul Ehsan: Commercial Book Binders Sdn Bhd.
Sum, Henry (2017). Peniaga online yang berdaftar. retrieved December 15, 2019 from https://www.mstar.com.my/niaga/2017/08/01/ssm-daftar-online.
Syahiratul Khaleeda (2015). "Tahap pegetahuan dan kesedaran amalan pemakanan seimbang dalam kalangan generasi Y." Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Utusan Malaysia. April 26, 2005. retrieved December 11, 2019 from http://www.utusanonline.com .
Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang, Nor Hayati Sa'at, Sabri Ahmad dan Ibrahim Mamat (2016). "Kecenderungan Keusahawanan dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Terengganu."
Zahariah Mohd Zain & Amalina Mohd Akram (2010) . "Interprenuership Intention Among Malaysian Business Students." Vol. 6 no.3, 2010: 34-44.
Zai, Salwani Ms. Mei 2016 Mahasiswa Niaga Online. retrieved December 15, 2019 from www.sinarharian.com.my/kampus/mahasiswa-niaga-online-1.522296.
Zulfamy Mat Udi & Mohd Fazli Sabri (2016). "Kebaikan, Kelemahan dan Isu Semasa EDagang." Universiti Putra Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |