UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih Matematik di UPSI dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran serta hubungan antara sikap dan motivasi guru pelatih Matematik dalam melaksanakan PAK21 semasa proses PdPc dijalankan. Data diperoleh melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 123 orang guru pelatih Matematik di UPSI yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen kajian merupakan borang soal selidik yang menggunakan skala Likert 4 mata dan hasilnya dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu korelasi Pearson dengan menggunakan perisian Pakej Statistik bagi Sosial Sains (SPSS) untuk mengukur tahap dan hubungan antara pengetahuan dan kemahiran serta sikap dan motivasi di kalangan guru pelatih Matematik dalam melaksanakan PAK21. Keputusan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih Matematik dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan motivasi dalam melaksanakan PAK21 adalah di tahap yang sederhana. Kajian ini juga telah menunjukkan hubungan yang sederhana antara pengetahuan dan kemahiran. Manakala hubungan yang kuat telah didapati antara sikap dan motivasi guru pelatih Matematik dalam melaksanakan PAK21. Ini menunjukan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran serta hubungan antara sikap dan motivasi guru pelatih Matematik dalam melaksanakan PAK21. Kertas kajian ini mencadangkan supaya guru pelatih Matematik harus mengamalkan pedagogi PAK21 supaya hasrat untuk meningkatkan mutu pencapaian dalam bidang pendidikan akan bertambah baik dari semasa ke semasa. |
References |
Azalida Tajudin & Norazilawati Abdullah. (2018). Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 1(8), pp.82-97. Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 10, pp.1-25. Galbraith, P. (2006). Students, Mathematics and Technology: Assessing the Present – Challenging the Future. International Journal of Mathematics Education in Science and Technology. 37(3), 277-290. Halimah Harun. (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan. 31, pp.83-96. Jackson, S. L. (2012). Research methods statistics. (4th ed.) Chicago, NY: WadsworthCengageLearning. Laili Farhana Md Ibharim, Maizatul Hayati Mohamad Yatim & Md Nasir Masran. (2015). Menerokai kemahiran abad ke-21 kanak-kanak dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital. EDUCATUM –Journal of Science, Mathematics and Technology, 2(1), pp.82-96. Landis, J. R. & Koch, G. G. (1997). The measurement of observer agreement for categorical data. Biometrics, 33, pp.159-174. Lu Chung Chin & Effandi Zakaria. (2014). Development and Validation of the Game-Based Learning Module to Enhance Mathematics Achievement, Positive Learning Behaviours and Pro Social Behaviours. Journals of Science and Mathematics Letters, 2, 23-31. Masyuniza Yunos. (2015). Hubungan Sikap dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dengan Kemahiran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(2), pp.22-30. Mohd Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan. MALIM – SEA Journal of General Studies, 11, pp.118-130. Mohamad Nizam Arshad, Noor Azean Atan, Abdul Halim Abdullah, Mohd Salleh Abu & Mahani Mokhtar. (2017). Improving the Reasoning Skills of Students to Overcome Learning Difficulties in Additional Mathematics: A Review. Journals of Science and Mathematics Letters, 5, 28 – 35. Norfaizah Md Kamary & Mahizer Hamzah. (2019). Kesediaan Guru Matematik Daerah Kuala Langat Dalam Melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, pp.110-130. Nurzarina Amran & Roslinda Rosli. (2016). Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke-21. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, pp.110-114. Rasidah Binti Rashid. (2007). Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Motivasi Dalam Kalangan Pelajar di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar, Sabah. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. Riduwan. (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta: Bandung. Taber, K. S. (2017). The use of Cronbach’s Alpha when developing and reporting research instrument in Science education. Research in Science Education, 48, 1273-1296. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |