UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia bermula pada akhir tahun 2019 telah mengubah sistem pendidikan negara secara drastik dan holistik. Pembelajaran dan pengajaran yang sebelumnya dilaksanakan secara bersemuka diganti sepenuhnya dengan mod pembelajaran dalam talian melalui penggunaan pelbagai aplikasi digital. Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran secara bagi kursus pidato dan debat bahasa Arab ketika era pandemik Covid-19. Seramai 76 orang pelajar tahun dua pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif iaitu pengumpulan data melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada responden setelah selesai semester pengajian. Terdapat 26 ayat penyataan dalam soal selidik mewakili persepsi responden terhadap pembelajaran kursus pidato dan debat bahasa Arab secara dalam talian. Skala lima tahap digunakan sebagai penentu tahap persepsi responden. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar menunjukkan persepsi postif terhadap pembelajaran dalam talian ketika mengikuti kursus pidato dan debat Arab. Oleh yang demikian, pendidik haruslah sentiasa menambahbaik penggunaan teknologi digital dalam pengajaran bagi memastikan suasana yang kondusif dalam kelas pembelajaran secara atas talian. Ini bertujuan membina persepsi positif dalam kalangan pelajar terhadap dunia pendidikan digital lebih-lebih lagi dalam era pandemik Covid-19 ini. |
References |
Agelyia Murugan, George Teoh Boon Sai, Agnes Liau Wei Lin. (2017). Technological Readiness of UiTM students in Using Mobile Phones in the English Language Classroom Malaysian. Online Journal of Educational Technology, 5(2). Alias Baba (1999). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Anchalee Ngampornchai & Jonathan Adams. (2016). Students’ acceptance and readiness for E-learning in Northeastern Thailand. International Journal of Educational Technology in Higher Education, 13(34): 2-13. DOI 10.1186/s41239-016-0034-x Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=persepsi Joi L. Moore, Camille Dickson-Deane, Krista Galyen. (2011). E-Learning, online learning, and distance learning environments: Are they the same? The Internet and Higher Education, 14(2): 129-135. https://doi.org/10.1016/j.iheduc.2010.10.001. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Khoirun Nisak Mat Saad, Norasyikin Osman, Kamarul Shukri Mohd Teh & Siti Salwa Mohd Noor. (2015). Penggunaan Kelip dalam Pembelajaran Bahasa Arab: Suatu Tinjauan di Universiti Sultan Zainal Abidin. The Online Journal of Islamic Education, 3(2): 1-8. Liaw, S. S. (2008). Investigating students’ perceived satisfaction, behavioral intention, and effectiveness of e-learning: A case study of the Blackboard system. Computers & Education, 51(2): 864-873. doi:10.1016/j.compedu.2007.09.005 M. Kaviza. (2020). Kesediaan murid terhadap penggunaan aplikasi google classroom sebagai platform pembelajaran sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(4):108-115). DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i4.397 108 Mathewson, G. C. (1994). Model of Attitude Influence upon Reading and Learning to Read in R. B. Ruddell, M.R. Ruddell, & H. Singer (Eds.), Theoretical Models and Processes of Reading. Newark, D.E.: International Reading Association Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Zaini & Nur Hafizaliyana binti Hassan. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara dalam Talian dalam Era Pandemik Covid-1. Jurnal Kesidang, 5: 88-99 Ngadi, E. (2020). Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran atas talian. Artikel diakses April, 2021 from https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/ Sihes, A.J., & Sani, N. (2010). Perlaksanaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, 1-10. Tzu-Chin Rejoice Chou. (2014). A Scale of University Students' Attitudes toward e-Learning on the Moodle System. International Journal of Online Pedagogy and Course Design, 4: 52-69. Zailawati Husin & Fariza Khalid. (2014). Kekangan Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Di Kalangan Guru Sekolah Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dlm. Aliran Terkini Dalam Pengajaran Sumber & Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |