UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Fahruddin Sahrih Moklis
Title :Analisis kesediaan guru menerapkan elemen pendidikan seksualiti dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pendidikan Seksualiti merupakan satu bentuk pendidikan yang masih dianggap tabu oleh sesetengah pihak dan masyarakat. Hal ini kerana disebabkan dengan satu istilah iaitu “seks” yang membawa pandangan yang berbeza kepada sesetengah orang dan ia dianggap sebagai stigma masyarakat di Malaysia hari ini. Punca Pendidikan Seksualiti ini masih dianggap sebagai kurikulum yang tidak relevan diajarkan di sekolah, antaranya ialah isu kewajaran dan kesediaan murid menerima isi kandungan Pendidikan Seksualiti, isu kebimbangan ibu bapa terhadap pelaksanaan Pendidikan Seksualiti dan isu kredibiliti guru. Kajian ini akan memfokuskan kepada isu kredibiliti guru menerapkan Pendidikan Seksualiti ini kepada murid-murid. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru menerapkan elemen Pendidikan Seksualiti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah dan menjadikan tiga aspek kesediaan guru sebagai perkara utama yang dikaji iaitu kesediaan kognitif, afektif dan tingkah laku. Pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel adalah berfokus kepada guruguru Pendidikan Islam berpengalaman yang melibatkan seramai sembilan orang peserta kajian di daerah Tenom, Sabah. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan lima strategi mengumpul data iaitu temu bual, transkrip data, analisis data mengikut tema dan kategori, persembahan data serta penghasilan kesimpulan. Kajian ini mendapati kesedian guru dari aspek kognitif adalah baik dan memberangsangkan yang mana kesemua peserta kajian mengetahui secara umum tentang Pendidikan Seksualiti, kewujudan Pendidikan Seksualiti dalam Pendidikan Islam dan kewujudan modul Pendidikan Kesihatan Keluarga (PKK). Dari segi kesediaan afektif, didapati juga kesemua mereka mampu mengutarakan pandangan dan menghurai jawapan dengan baik. Walau bagaimanapun, dalam aspek ini didapati ada peserta kajian yang tidak sanggup untuk mengajar Pendidikan Seksualiti sekiranya ia dijadikan kurikulum khusus atas beberapa faktor yang telah dibincangkan dalam kajian ini. Akhir sekali, dari aspek kesediaan tingkah laku, didapati kesemua peserta kajian mempunyai kesediaan yang baik dan mampu untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum ini. Kesimpulannya, pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah dan guru Pendidikan Islam perlu mengutamakan kesediaan dalam semua aspek sebelum menerapkan elemen Pendidikan Seksualiti dalam Pendidikan Islam. Kajian ini juga dapat menyumbang kepada pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti dan guruguru khususnya guru Pendidikan Islam di Malaysia.

References

Amir Hasan Dawi. (2007). Pendidikan Seks: suatu perspektif sosial. Tanjong Malim,

Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

Abd Rahim Abd Rashid. (2010). Pendidikan Seksual: perspektif kurikulum, pengajaran

dan tingkah laku moral. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications &

Distributiors SDN BHD

 

Ang Chai Tin. (2014). Pembinaan Modul Pendidikan Seksualiti Masalah Pembelajaran

Peringkat Menengah: Satu Kajian Berdasarkan Analisis Keperluan. (PhD

Thesis). Universiti Sains Malaysia.

 

Ain Fatiah Aziz et all. (2018) Pendidikan Seksual dalam Kalangan Remaja di

Malaysia. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.

 

Azizah Jaafar & Chan Siew Lee. (2009) Reka Bentuk dan Perkembangan Perisian

Kursus Multimedia Pendidikan Seksualiti Malaysia (MSE). Jurnal Pendidikan

Malaysia. h, 125-142.

 

Adibah Muhtar et all. (2018) Elemen Pendidikan Seks dalam Pendidikan Islam.

Prosiding Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari.

Terengganu. Universiti Sultan Zainal Abidin.

 

Irsyad Hazim et all. (2022) Perspektif Ibu bapa Terhadap Pendidikan Awal Seksual

Kepada Kanak-kanak. Malaysian journal of Sosial Sciences and Humanities.

Universiti Kebangsaan Malaysia, h, 1-10.

 

Jasmi, K. A. (2012) Analisis data dalam penyelididkan kualitatif. Jurnal Penyelidikan.

Mersing, Johor. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong

Ibrahim.

 

Jaja Suteja et all. (2021) Revitalisasi Pendidikan Seks dalam Upaya Pencegahan

Kekerasan Seksual Anak. Professional, Empathy and Islamic Journal. Vol.4,

No. 2, hlm. 115-136.

 

Jeffrey P. Moran. Sex Education dibuka pada 11 November 2022.

http://www.faqs.org/childhood/Re-So/Sex-Education.html

 

Luluk Ifadah. (2022). Penguat Edukasi Seksual Dini pada Kurikulum Pendidikan Islam

Terintegrasi Sains. Prosiding The Annual Conference on Islamic Religious

Education. Temanggung Jawa Tengah, Indonesia, Institut Islam Nahddlatul

Ulama.

 

Lexy J. Moleong (1989). Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung, Indonesia: PT

Remaja Rosdakarya.

 

Masturah Kamaruddin et all, (2011). Tahap Kesediaan Pengajaran Pendidikan

Seksualiti Guru Pelatih Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan

Guru Kampus Ipoh. Jurnal penyelidikan dedikasi. h. 128-137.

 

M. Khaliq Shalha. (2015). Konsepsi Pendidikan Seks Untuk Anak dalam Pandangan

Abd Allah Nasih 'Ulwan. Jurnal Pascasarjana. Vol. 10, No. 1.

 

Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi Semuala Kurikulum Pendidikan

Islam. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

Prame Liamputtong. (2014) Kaedah Penyelidikan Kualitatif. Serdang, Selangor:

Universiti Pertahanan Malaysia.

 

Suhaila Ihwani et all, (2017). Pengajaran Elemen Pendidikan Seks dalam Pendidikan

Islam. Jurnal Penyelidikan. h, 1-9.

 

Seth Sulaiman & Cheong Peck Chuan. (2011). Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan

Seks di Sekolah: Satu Tinjauan di Kalangan Pelajar Tahun 4, Fakuti

Pendidikan. Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

 

SIECUS. (2019) National Teacher Preparation Standards for Sexuality Education.

 

Siti Amaliati. (2020) Konsep Tarbiyatul Aulad Fi Al-Islam Abdullah Nashih Ulwan dan

Relevansinya dengan Pendidikan Islam untuk "kidz Jaman Now". Jurnal

Pendidikan dan Perkembangan Anak. Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah Raden

Santri, Gresik.

 

Talhah Ajmain. (2019) Pendidikan Anak-anak Menurut Abdullah Nasih Ulwan.

Seminar Kebangsaan Keluarga Sejahtera. Johor, Universiti Teknologi

Malaysia.

 

Vinh T. Nguyen et all. (2022) Factors Influencing Elementary Teachers' Readiness in

Delivering Sex Education amidst Covid-19 pandemic. International Journal of

Learning, Teaching and Education Research, Vol. 21, No. 2, pp. 320-341.

 

Wardah Hanifah Ramadhani. Bagaimana Mula Munculnya Pendidikan Seksual?

(2021). dibuka pada 21 November 2022. https://ibtimes.id/bagaimana-asalmula-

munculnya-pendidikan-seksual/

 

Yusuf Madani (2003). Pendidikan Seks untuk anak dalaam Islam: Panduan bagi orang

tua, ulama, guru dan kalangan lainnya. Jakarta, Indonesia: Pustaka Zahra

 

Zarina Eshak et all, (2020) Analisis Masalah dan Jenis Kemahiran Pendidikan

Seksualiti Kanak-kanak Prasekolah dari Sudut Pandangan Guru dan Ibubapa.

Jurnal Pendidikan Antarabangsa, Psikologi dan Kaunseling, h, 152-162.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.