UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Nur Hidayah Komarudin
Title :Penerapan pengajaran berasaskan multimedia dalam teks Sulalatus Salatin bagi tingkatan 6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan pengajaran berasaskan elemen multimedia dalam teks Sulalatus Salatin. Multimedia merupakan segala bahan PdP yang mengabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, imej, suara dan video seperti CD-ROM, permainan komputer dan sebagainya bagi membolehkan pengalaman sebenar terhadap tajuk yang diajar atau dipelajari. Tujuan penggunaan multimedia adalah sebagai alat komunikasi yang boleh merangsang pelbagai deria. Objektif kajian ini ialah i) Mengenal pasti penerapan pengajaran berasaskan multimedia dalam teks Sulalatus Salatin bagi Tingkatan 6. ii) Menganalisis tahap keberkesanan dalam mengaplikasikan pengajaran berasaskan multimedia bagi teks Sulalatus Salatin sebagai bahan bantu mengajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif yang digunakan ialah kaedah kepustakaan. Kaedah kepustakaan ini digunakan untuk rujukan bagi membuat item soal selidik dan untuk melengkapkan kajian seperti menyelitkan kajian lepas, teori dan sebagainya. Kaedah kuantitatif yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik ini digunakan untuk kedua-dua objektif kajian yang mempunyai 15 item di mana objektif 1 mempunyai 10 item dan objektif 2 pula mempunyai 5 item. Soal selidik ini memfokuskan kepada 38 orang pelajar tingkatan 6 dan 4 orang guru Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Dapatan kajian mendapati bahawa ada responden yang tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju dengan item yang diberi. Dapatan kajian bagi objektif 1 menunjukkan ada dapatan yang paling tinggi dan paling rendah berdasarkan item yang telah diutarakan dalam soal selidik. Hasil dapatan objektif 2 juga menunjukkan ada item yang mempunyai hasil dapatan yang paling tinggi dan paling rendah. Oleh itu, penerapan pengajaran berasaskan multimedia ini menunjukkan bahawa multimedia ini penting untuk mengaplikasikan pengajaran teks Sulalatus Salatin bagi menggantikan teknik analisis pembacaan yang menyukarkan pelajar untuk memahami peristiwa yang terdapat dalam teks ini. Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan guru perlu mengubah teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk sesi PdP supaya dapat menarik minat pelajar dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik.

References

Abd Rahman, Y. & Abdullah, W. M. R. (2001). Mengukur Kesediaan Guru Menggunakan Komputer Dalam Menjalankan Tugas Pentadbiran Dan Pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

 

Adenan Ayob. (2011). Multimedia dalam pengajaran bahasa Melayu.Selangor: Emeritus Publications

 

A.Halim Ali. (2019). Intisari Teori Sastera Barat dan Malaysia. Selangor: NHA Excell Resources.

 

Ahmad Hatip & Windi Setiawan. (2021). Teori Kognitif Bruner Dalam Pembelajaran Matematik. Jurnal Pendidikan Matematik. Vol. 5(2). 87-88.

 

A. Samad Ahmad. (2008). Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Badudu & Zain. (1996). Kamus Umum Bahasa Indonesia. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan

 

Balkis Samera Lot Ulu. (2020). Multimedia dalam Sastera. Diakses daripada https://www.scribd.com/presentation/451464437/Multimedia-Dalam-Sastera#

 

Ismail Bin Basiron. (2012). Kesan Kaedah Pengajaran Multimedia Interaktif Dalam Pengajaran Seni Visual. Tesis Ijazah. Universiti Tun Hussein Onn, Johor, Malaysia.

 

Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2005. Multimedia Konsep dan Praktis. Batu Caves:Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.

 

Jenry Saiparudin. (2017). Peranan Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Diakses daripada https://www.slideshare.net/JenrySaiparudin/peranan-multimedia-dalampengajaran-dan-pembelajaran

 

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Pertama (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Majlis Peperiksaan Malaysia. (2012). Kesusasteraan Melayu Komunikatif (Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh). Selangor: Majlis Peperiksaan Malaysia.

 

Mohammad Mokhtar Abu Hassan, (2022). Pendekatan Pengurusan :Penerapan terhadap Karya Sastera. Selangor: MK e-Solutions Sdn. Bhd.

 

Nordin Mamat & Rosmidah Asong. (2014). Penggunaan CD multimedia interaktif dalam meningkatkan kefahaman bahasa Inggeris dan mengubah tingkah laku pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan,Vol.3(1), 79-99.

 

Norkhairani Abdul Rawi. 2004. Pembangunan perisian kursus multimedia untuk belajar membaca: satu pendekatan hibrid (HALR). Tesis Sarjana, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan MalaysiaNur Aisyah Mohammad Nor, Zamri Mahmood & Affendi Ahmad. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Perisian Multimedia Dalam Pembelajaran Komsas Bahasa Melayu Tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 2(1). 1-16

 

Penerbit UTHM. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Diakses daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6569/4182

 

Rochanda Wiradintana. (2018). Revolusi Kognitif Melalui Penerapan Pembelajaran Teori Bruner Dalam Menyempurnakan Pendekatan Perilaku (Behavioural Approach). Jurnal Kajian Pendidikan Ekonomi dan Ilmu Ekonomi. Vol. 2(1). 2549-2284.

 

Rozina Jamaludin (2004). Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri Pengajian Dan Pendidikan. Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

 

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributiors Sdn. Bhd.

 

Suwarnee Mohd Solah. (2006). Persepsi terhadap kesediaan dan tahap penggunaan TMK dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah bandar dan luar bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

 

Weebly. (2021). Konsep Multimedia. Diakses daripada http://multimediababempat.weebly.com/41-konsep-multimedia.html

 

Zamri Mahmood & Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Journal of Language Studies. Vol. 11(3). 163-177


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.