UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan penilaian modul pentaksiran autentik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun Satu bagi topik wang, masa dan waktu

AVAILABLE Thesis 5296 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan dan penilaian modul pentaksiran autentik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun Satu bagi topik wang, masa dan waktu
Type
Thesis
Main Author
Mas Norbany Abu Samah
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2016
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Pentaksiran Autentik (M-PA) untuk pengajaran matematik Tahun Satu bagi topik Wang, Masa dan Waktu. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan soal selidik dan kaedah temu bual. Kajian juga menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen bagi menentukan keberkesanan pengajaran menggunakan M-PA. Populasi seramai 210 guru matematik Tahun Satu di daerah Kuala Terengganu terlibat dalam kajian ini bagi membangunkan M-PA dengan menggunakan gabungan Model Russell, Model Sharifah Alwiah dan Model Mohd Sidek. Data dianalisis secara analisis deskriptif bagi mendapatkan min dan sisihan piawai, manakala ANCOVA bagi menentukan perbezaan pencapaian murid antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Data temu bual dianalisis menggunakan analisis isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan dan penerimaan guru terhadap Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah sederhana manakala, tahap amalan dan pemantauan adalah tinggi. M-PA yang dibangunkan mempunyai 20 rancangan pengajaran bagi topik Wang, Masa dan Waktu adalah sah dan boleh dipercayai. Analisis ANCOVA juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian murid dalam kumpulan eksperimen berbanding dengan kumpulan kawalan. Guru pengendali modul berpendapat bahawa modul adalah lengkap, tersusun dan sesuai dengan proses pentaksiran autentik yang dicadangkan. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya membangunkan M-PA yang memberi panduan kepada guru dalam melaksanakan pentaksiran autentik dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Implikasi daripada kajian ini ialah M-PA menyokong teori pembelajaran serta mampu meningkatkan pencapaian murid menggunakan pentaksiran autentik dalam KSSR Matematik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.