UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini memfokuskan kepada keindahan motif-motif yang terdapat dalam kesenian tekat. Cetusan idea kajian ini adalah untuk memartabatkan motif-motif yang terdapat dalam seni tekat ke peringkat yang lebih tinggi dan memberi pendedahan kepada khalayak umum. Oleh itu, motif-motif yang telah diadaptasikan dalam seni tekat mampu memperlihatkan aras kreativiti menerusi cetusan kearifan lokal masyarakat setempat dalam mengolah idea motif-motif alam. Keunikan motif-motif yang terdapat dalam seni tekat benang emas diinspirasikan daripada komposisi rekaan coraknya yang meminjam rekabentuk yang bersumberkan kepada alam semula jadi yang terdapat di Malaysia. Perekaan reka corak motif tradisional menerusi seni tekat benang emas yang telah diaplikasikan pada kain baldu merupakan refleksi penghayatan keindahan, kekemasan dan kehalusan masyarakat dahulu dalam seni menekat. Jelaslah, dalam pengolahan sesuatu rekaan corak motif pada kesenian seni tekat memberi simbolik makna estetika yang tinggi dan mempunyai nilai keistimewaannya tersendiri. Kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah membuktikan bahawa keindahan kesenian seni tekat mampu bersaing dan setaraf dengan kesenian kraf yang lain seperti batik, anyaman dan sebagainya. Hal ini kerana masyarakat dahulu mampu mengadaptasikan secara kreatif pemilihan reka bentuk motif-motif tradisional menerusi alam dari aspek mereka corak dan dapat menvisualkan objek utiliti dengan seni tekat benang emas yang tinggi nilai estetiknya. |
References |
Abd. Rasid Ismail. (2014). Alam Sebagai Motif Kraftangan Fabrik Melayu Tradisi. Penerbit Universiti Teknologi Mara. Abdullah Yusuf, Mohd Nor, Mohd Roslan & Abdul Hamid, Faisal @ Ahmad Faisal. (2011). Islamic art. World Congress for Islamic History and Civilization, 10-11 Oktober 2011. Arba’iyah Ab. Aziz. (2018). Simbolisme dalam motif songket Melayu Terengganu: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azrai Hj. Abdullah. (2018). My Journey Into Perak: Mining the state history. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Buyong Adil. (2020). Sejarah Perak, Siri Sejarah Nusantara. Dewan Bahasa dan Pustaka. Haziyah Hussin. (2006). Motif alam dalam batik dan songket Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia. Herbert Read. (1946). The Meaning of Art. Faber. Muhammad Afandi Yahya. (1995). Simbolisme dalam seni bina Melayu Kelantan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Asyikin Mat Hayin. (2017, Ogos). Dimuat turun daripada: https://www.hmetro.com.my/nuansa/2017/08/252547/tangan-emas-nenek Norwani Md. Nawawi. (2016). Ikat Limar: The Ancient Malay Textile. Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Lebar. (2018). Penyelidikan kualitatif pengenalan kepada teori dan metode edisi kedua. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Paul, J., Kleinhammer, J., & Flowler, Kathleen. (2009). Qualitative Research Methods. Love Publishing Company. Siti Zainon Ismail. (1995). Getaran Jalur dan Warna. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Siti Zainon Ismail. (2018). Reka bentuk kraf tangan Melayu tradisi: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suhana Sarkawi. (2017). Jejak Sulaman Kelingkan di Malaysia dan Indonesia. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 28: 88-209. Syed Ahmad Jamal. ed. (2007). The Encloyclopedia of Malaysia, Volume 14, Craft and The Visual Arts, (Siti Zainon Ismail (ed.) in Textiles and Embroidery). Archipelago Press.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |