UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
Main Author :Abdul Talib Mohamed Hashim
Additional Authors :Marzan Amat
Azizah Zain
Title :Kepentingan pendidikan kesihatan kepada kanak-kanak dalam aspek menjaga kebersihan diri untuk mencegah COVID-19
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pendidikan kesihatan merupakan perkembangan individu, kumpulan, institusi, masyarakat dan strategi sistematik untuk meningkatkan kesihatan. Dengan adanya pendidikan kesihatan, ianya boleh melindungi diri atau mencegah daripada penyakit sama ada penyakit tidak berjangkit atau penyakit berjangkit. Kebersihan diri selalunya dikaitkan dengan kesihatan. Pentingnya kebersihan diri untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Pendidikan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak sangat penting untuk diterapkan dalam diri mereka agar dapat mencegah penyakit berjangkit atau pandemik yang sedang melanda negara kita dan seluruh dunia iaitu Covid-19. Dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), ianya menekankan kepentingan penjagaan kesihatan dari segi perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan dalam Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Kanak-kanak perlu didedahkan pengetahuan tentang penyebaran Covid-19 dan langkah-langkah pencegahan awal terhadap Covid-19 melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran oleh guru untuk memberi pengetahuan kepada mereka dalam aspek menjaga kebersihan. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan keperluan dalam memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang penyebaran Covid-19l, langkah-langkah pencegahan awal terhadap Covid-19 dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidikan kesihatan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak dalam menjaga kebersihan. Sehubungan itu, sorotan literatur menunjukkan pengetahuan kanak-kanak terhadap cara penyebaran dan langkah-langkah pencegahan awal terhadap Covid-19 adalah sangat sedikit. Namun begitu, dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru yang sesuai dan menarik, maka ianya boleh membantu kanak-kanak untuk memahami dan mendapatkan pengetahuan tersebut. Kesimpulannya, dengan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik, maka ianya boleh menghasilkan hasil pembelajaran yang berkesan.

References

Brown, K.M., T, D.Q., & Kotecki, E. (2002). Physical Activity and Health. United States of America : Jones and Bartlett Publishers.

Callcort, D., Miller, J., & Wilson-Gahan, S.(2015). Health & Physical Education. Australia : Cambridge University Press.

Director-General of Health Malaysia. (16 Mei 2020). Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) di Malaysia. Diperoleh daripada https://kpkesihatan.com/2020/05/16/kenyataan-akhbar-kpk-16-mei-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

Fatan Hamamah Yahaya. (2005). Kemunculan Penyakit Berjangkit dan Kesannya Terhadap Manusia di Malaysia. Sari 23, 153 – 168. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&rct

Fatimah Yasmin Hasni & Intan Nur Fajri. (2018). The Combination of Storybook and Children’s Activity: “The Seven Basic Principles of a Clean and Healty Lifestyle”. IOP Conference Series : Materials Science and Engineering, 453, 012054. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/329278659_

Nahardian Vica Rahmati, Dias Tiara Putri Utomo & Finaty Ahsanah. (2020). Fun Handwashing Sebagai Upaya Pencegahan Covid-19 pada Anak Usia Dini. JMM (Jurnal Masyarakat Mandiri). Vol.4, No.2, Hal. 217 – 224. Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web

Nor Fauziana Mohd Salleh.(2020). Pandemik Coronavirus (Covid-19) : Pembelajaran dan Pengajaran Secara Atas Talian Suatu Keperluan di Malaysia. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/342886967_

Norimah Rambeli@Ramli, Emilda Hashim, Nurhanani Romli, Fauziah Che Leh & Syazwani Mohd Bakri (2017). Pengaruh Pemboleh Ubah Makroekonomi Terhadap Perbelanjaan Penjagan Kesihatan di Malaysia. Management Research Journal, Vol.7, No.1, 112 – 124. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1401/1010

Yuyun Yulianingsih, Tuti Hayati, Aam Kurnia & Arif Nursihah. (2020). Pengetahuan Covid-19 pada Anak Usia Dini melalui Metode Bercerita. Diperoleh daripada https://www.google.com/

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.