UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Mengkaji elemen penghayatan takwa sebagai elemen teras pembinaan jati diri dalam kalangan mahasiswa muslim Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan satu kajian penting bagi melihat tahap kefahaman mereka terhadap konsep takwa yang menjadi paksi kepada kedudukan seseorang manusia di sisi Allah SWT. Keberadaan elemen takwa dalam diri akan membawa seseorang muslim itu senantiasa dalam kondisi berwaspada ketika membuat keputusan dalam kehidupan. Melihat kepada produk UPSI dalam melahirkan tenaga pendidik memungkinkan kajian ini dilakukan agar dapatan kajian ini dapat dijadikan asas kepada keberhasilan produk UPSI yang benar-benar baik dan berkualiti dalam memacu dunia pendidikan negara. Kajian tinjauan ini menggunakan metode kuantitatif di mana terdapat 4 objektif kajian telah ditetapkan menerusi soal selidik yang diedarkan menggunakan kaedah dalam talian. Kajian ini telah menggunakan seramai 647 orang sampel dalam kalangan mahasiswa muslim UPSI dari pelbagai fakulti, bidang pengajian dan semester. Dapatan kajian pada konstruk Tahap Kefahaman Konsep Takwa Dalam Kalangan Mahasiswa Muslim UPSI berada pada tahap tinggi dengan min 4. 49. Dapatan konstruk Pengamalan Takwa Dalam Kehidupan Harian Mahasiswa Islam UPSI (Dalam Konteks Ibadah) juga adalah tinggi iaitu pada min 3.88. Dapatan pada konstruk Pengamalan Takwa Dalam Kehidupan Harian Mahasiswa Islam UPSI (Dalam Konteks Akhlak) juga berada pada tahap tinggi iaitu min 4.19. Sementara pada konstruk terakhir iaitu Kesan Takwa Dalam Menentukan Tindakan Dan Keputusan Terhadap Kehidupan Pelajar Islam Di UPSI juga berada pada tahap yang tinggi iaitu min 4.46. Secara keseluruhanya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman mahasiswa Islam UPSI terhadap konsep takwa adalah tinggi dengan memperoleh min keseluruhan sebanyak 4.25. |
References |
Al-Razy, F.M.U.T. (2000). Mafatih al-Ghaib, Cet. I, Dar al-Kutub al-Ilmiyah Al-Shalaby, A.M.M. (2005). Siratu Amir al-Mu'minin Ali bin Abi Thalib, Cet. I. Fazlur R. (1999). Major Themes Of The Qur’an: Bibliatheca Islamica. Minnieapolis. Ghaffar, A. K. A., Ashaari, M. F., & Umar, A. (2013). Jati diri kebangsaan dalam falsafah Pendidikan Islam. Al-Hikmah, 5, 18-32. Hasna B., Baharuddin, A.S. and Mustari, M.I. (2015). Kefahaman Ibadat Solat Fardhu dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Tesis Sarjana Falsafah Fakuti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Penerbit UTM Press. Ismail, N., Bakar, N.H., Majid, M.A. dan Kasan, H. (2019). Pengamalan Hidup Beragama dalam Kalangan Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam di Malaysia, al Irsyad; Journal of Islamic and Contemporary Issues, Vol. 4, No 2, Kolej Universiti Islam Selangor. Kadi, T., & Awwaliyah, R. (2017). Inovasi Pendidikan: Upaya Penyelesaian Problematika Pendidikan Di Indonesia. Jurnal Islam Nusantara, 1(2). Masduki, H., Siha Abdurohim, M. P., & Permana, A. (2021). Mengasah Jiwa Kepemimpinan: Peran Organisasi Kemahasiswaan. Penerbit Adab. Mulyasana, H. D. (2020). Khazanah Pemikiran Pendidikan Islam: Dari Wacana Lokal hingga Tatanan Global. Cendekia Press. Purwanto, Y., Qowaid, Q., & Fauzi, R. (2019). Internalisasi Nilai Moderasi Melalui Pendidikan Agama Islam di Perguruan Tinggi Umum. Edukasi, 17(2), 294708. Redha, M.R. (1999). Tafsir Al-Manar, Jilid 4: Darul Fikir, Beirut Selamat, A. Z., Hanafi, H. F., Salleh, S., Bahari, A. A., Hanapi, M. H. M., & Huda, M. (2020). Enhancing Moral Awareness for Racial Unity Through Islamic and Asian Civilization Course (TITAS): An Empirical Research from Non-Muslim Students’ Perspective. Jurnal Ilmiah Peuradeun, 8(3), 521-530. Selamat, A.Z. (2014). Kajian Kes Penilaian Pelaksanaan Kursus Tamadun Islam Dalam Kalangan Pelajar Bukan Islam Di Politeknik Zon Tengah, Tesis PhD, USM Sobuni, M.A. (1999). Mukhtasar Ibnu Kathir, Jilid 1: Darul Sobuni, Kaherah
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |