UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Marni Golong
Title :Perhubungan kuasa otot kaki dengan kemahiran lompatan bagi pemain bola tampar di Institut Pendidikan Guru Zon Sarawak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemampuan pelajar yang dipilih untuk menyertai pertandingan bola tampar di peringkat institut Perguruan Zon Sarawak. Keputusan yang diperoleh adalah berdasarkan responden daripada kalangan pelajar lelaki (N = 16 orang) dan perempuan (N = 16 orang) yang mewakili institusi masing-masing dalam permainan bola tampar. Pengkaji telah menggunakan dua buah institut perguruan dalam zon Sarawak iaitu Institut Perguruan Sarawak, Miri dan Institut Perguruan Batu Lintang Kuching sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan dua jenis ujian yang berkaitan dengan kekuatan otot kaki iaitu ujian lompat jauh berdiri dan ujian lompat menegak. Keputusan yang telah diperoleh daripada kajian ini telah menunjukkan min bagi ujian lompat jauh berdiri (M = 201.5) bagi manakala ujian lompat menegak ( M = 59.56) bagi responden lelaki. Bagi . min responden perempuan pula menunjukkan keputusan ( M = 132.13) manakala min ujian lompat menegak pula menunjukkan keputusan (M = 44.25). Dapatan kajian menunjukkan bahawa: 1. Tahap lompatan yang telah dipersembah oleh responden adalah memuaskan berdasarkan kemampuan dan kebolehan di peringkat Institut Perguruan Zon Sarawak. 11. Kemampuan kuasa otot yang tinggi sudah tentu boleh mencapa1 tahap lompatan yang optimum dan memuaskan. 111. lndividu berkemahiran merejam dan menghadang mempunyai lompatan yang optimum dan baik boleh melakukan kemahiran tersebut dengan lebih sempurna. 1v. Skor yang diperoleh dapat dijadikan panduan kepada pensyarah yang hendak membuat pemilihan pemain bola tampar mewakili institut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.