UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh orientasi matlamat dan motif penglibatan di kalangan pemain sofbol MSSM gabungan Kuching Sarawak

AVAILABLE Thesis 582 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengaruh orientasi matlamat dan motif penglibatan di kalangan pemain sofbol MSSM gabungan Kuching Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Mah-Mhad Zul Kenedy Laili
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat apak.ah corak orientasi matlamat dan motif penglibatan pemain  serta perkaitan antara orientasi matlamat dengan motif penglibatan pemain sofbol yang menyertai  Kejohanan Sofbol MSSM Gabungan Kuching  2007. Kajian ini di jalankan untuk menyelesaikan empat  persoalan. (a) Apak.ah corak. orientasi matlamat pemain sofbol? (b) Apakah motif penglibatan yang  paling utama? (c) Apakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam orientasi matlamat mengikut umur,  jantina, pengalaman dan tahap penglibatan sampel kajian?  (d) Apakah terdapat perhubungan yang  signifikan di antara motif penglibatan dengan corak. orentasi matlamat? Setelah  analisis  dibuat  dengan  menggunakkan  ujian  t  tidak  bersand.ar didapatikeseluruhan   pemain  sofbol  mempunyai  orientasi  ego  yang  lebih  tinggi berbanding dengan orientasi tugasan.   Namun pemain yang lebih berpengalaman menunjukkan orientasi tugasan dan orientasi ego yang agak  seimbang.   Berdasarkan jantina didapati orientasi ego pemain sofbol bawah 15 tahun lebih tinggi  dari pemain bawah 18 tahun dan mempunyai orientasi tugasan yang lebih rendah berbanding pemain  bawah 18 tahun. Ujian yang dijalankan ke atas motif penglibatan pemain sofbol didapati motif yang  paling penting ialah semangat berpasukan, kedua perkembangan kemahiran, ketiga  kecegasan  fizikal   dan  seterusnya  keseronokkan,  persahabatan,  pengaruh, pmbebasan tenaga dan pencapaian atau  status. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pilihan sesuatu motif di kalangan pemain  sofbol. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang signifikan antara orientasi  matlamat ego dan tugasan dengan motif penglibatan, namun umumnya adalah rendah.  Hanya motif  penglibatan jenis perkembangan kemahiran yang menunjukkan perhubungan yang sederhana dengan  orientasi ego. Manakala motif penglibatan jenis pembebasan tenaga pula menunjukkan perhubungan yang  sangat lemah dengan orientasi matlamat ego dan menunjukkan terdapat perhubungan yang lemah secara negatif dengan orientasi tugasan  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.