| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris | 
| Tujuan  utama  kajian  ini  untuk  melihat  hubungan  orientasi  matlamat  dan  tahap kebimbangan 
atlit Bola Sepak, Ragbi dan Bola Jaring. dalam sukan di Pertandingan MSSM Gabungan  Kota Kinabalu, 
Sabah. Instrumen  kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah 'Task and Ego Orientation in Sport 
Questionnaire', (TEOSQ) (Duda & Nicholls, 1989)  dan 'Competitive State Anxiety 
Inventory-2'(CSAl-2) yang telah diubahsuai ditadbir ke atas 162 orang responden yang terdiri 48 
orang atlit Bola Jaring, 54 orang atlit Ragbi dan 60 orang atlit Bola Sepak. Data dianalisis dengan 
nilai min, sisihan piawai, kolerasi dan ANOV A sehala dengan menggunakan Program 'Statistical 
Packages for the Social Science' (SPSS/PC+). Dapatan kajian menunjukkan bahawa orientasi tugasan 
adalah lebih dominan berbanding dengan orientasi ego. Hasil kajian juga menunjukkan tidak ada 
hubungan signifikan di antara orientasi matlamat dengan tahap kebimbangan.  kajian  ini juga 
mendapati  atlit bola jaring mempunyai  tahap kebimbangan kognitif yang lebih tinggi manakala atlit 
bola sepak mempunyai tahap kebimbangan somatik dan tahap keyakinan diri yang tertinggi di antara 
ketiga-tiga jenis sukan. Di dapati tidak ada perbezaan signifikan tahap kebimbangan di antara 
kumpulan atlit. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaaan signifikan orientasi ego di 
antara  ketiga-tiga  sukan.  Manakala  tidak  terdapat  perbezaan  signifikan  tahap
kebimbangan antara atlit lelaki dan perempuan.
  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |