UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :JQ Political institutions Asia
Main Author :Mohamad Asrol Arpidi Mamat
Title :Kesan pentadbiran Tun Dr. Mahathir terhadap sistem kehakiman Malaysia 1981-1989
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2020
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai campur tangan dan perluasan kuasa Tun Dr. Mahathir (eksekutif) terhadap bidang kuasa badan kehakiman terutama sepanjang berlakunya krisis perlembagaan pada tahun 1988. Krisis tersebut juga menyaksikan perluasan kuasa eksekutif terhadap badan kehakiman serta penggantungan dan pemecatan Ketua Hakim Negara dan hakim Mahkamah Agung. Krisis 1988 dianggap klimaks terhadap campur tangan eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman. Ramai berpendapat bahawa penyingkiran Ketua Hakim Negara (Tun Salleh Abas) adalah merupakan titik tolak di mana badan kehakiman di negara ini mula kehilangan kuasa dan kebebasannya. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kronologi yang mana ianya bersifat subjektif, sumber maklumat kajian ini diperoleh dan diambil daripada sumber berbentuk primer dan sekunder. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan sumber daripada dokumen daripada Arkib Negara Malaysia, perpustakaan, laporan peristiwa, ucapan tokoh, Akta, Penyata Rasmi Dewan Negara dan Dewan Rakyat, laporan daripada akhbar, jurnal undang-undang atau buletin, kajian lepas, kertas seminar dan juga melalui buku. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketika berlakunya krisis perlembagaan tahun 1988, bidang kuasa badan kehakiman sangatlah lemah dan berada di bawah kawalan pihak eksekutif yang ketika itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beberapa pindaan dan perubahan dilakukan terhadap kandungan Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk meluaskan bidang kuasa eksekutif dan seterusnya mengehadkan bidang kuasa dan peranan badan kehakiman. Campur tangan dan perluasan kuasa ini juga dilihat memberi kesan jangka panjang dan cukup mendalam terhadap bidang kuasa badan kehakiman. Kesimpulannya, badan kehakiman di negara ini kehilangan kuasa dan peranan yang sememangnya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa ini meninggalkan implikasi negatif terhadap badan kehakiman akibat perluasan kuasa secara keterlaluan oleh pihak eksekutif ketika itu. Perubahan dan pembaikan terpaksa dilakukan oleh beberapa pemimpin yang datang kemudiannya bertujuan untuk memulihkan semula bidang kuasa dan sistem kehakiman di negara ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.