UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menerangkan tahap penggunaan modul sistem perakaunan berkomputer UPSI Integrated Management System / Financial Information System (UIMS/FIS) dan menjelaskan tahap penerimaan terhadap sistem ini oleh staf Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan UPSI. Kajian ini juga menentukan hubungan yang signifikan di antara penggunaan modul UIMS/FIS dengan penerimaan sistem UIMS/FIS oleh staf UPSI. Selain itu, kajian ini juga menentukan wujudnya perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi staf dengan penggunaan modul UIMS/FIS dan penerimaan sistem UIMS/FIS. Faktor-faktor demografi staf adalah seperti jantina, umur, gred jawatan, pusat tanggungjawab, pengalaman kerja, minat komputer, kekerapan latihan dan penggunaan sistem lain sebelum ini. Modul-modul yang diuji dalam sistem ini adalah modul bajet, modul pesanan belian, modul pembayaran, modul panjar wang runcit, modul resit tunai, modul aset dan inventori dan laporan-laporan kewangan. Ujian dijalankan menggunakan Ujian-t, Ujian-F dan Ujian Korelasi Pearson. Kajian ini mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan modul UIMS/FIS oleh faktor minat komputer, kekerapan latihan dan penggunaan sistem lain sebelum ini. Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan terhadap penerimaan sistem UIMS/FIS oleh semua faktor demografi yang dipilih. Kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat signifikan di antara penggunaan modul UIMS/FIS dengan penerimaan sistem UIMS/FIS oleh staf UPSI. Secara keseluruhannya, keputusan kajian ini menyokong semua hipotesis yang berkaitan dengan perhubungan di antara penggunaan modul UIMS/FIS dengan penerimaan sistem UIMS/FIS oleh staf UPSI. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |