UPSI Digital Repository (UDRep)

Membantu kefahaman tatabahasa Vinaittokai bagi pelajar tingkatan enam dengan menggunakan kaedah pembelajaran Asynchronous Vinaittokai Arivom

AVAILABLE Final Year Project 1387 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Membantu kefahaman tatabahasa Vinaittokai bagi pelajar tingkatan enam dengan menggunakan kaedah pembelajaran Asynchronous Vinaittokai Arivom
Type
Final Year Project
Main Author
Sharan Suklam Ahtma Lingam
Subject
PJ Semitic
Language Code
tam
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2023
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Perkataan tatabahasa ditafsirkan sebagai displin bahasa, takrifan dan keindahan dalam sesebuah bahasa. Kajian ini bertajuk ‘Membantu Kefahaman Tatabahasa Viṉaittokai bagi Pelajar Tingkatan Enam dengan Menggunakan Kaedah Pembelajaran Asynchronous ‘Viṉaittokai Aṟivōm'. Kajian ini mempunyai dua objektif. Iaitu, mengenal pasti masalah terhadap kefahaman Viṉaittokai dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam dan meningkatkan kefahaman Viṉaittokai dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam melalui kaedah pembelajaran asynchronous ‘Viṉaittokai Aṟivōm'. Kajian ini telah dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Seramai 40 orang pelajar tingkatan enam dari negeri Perak telah dipilih sebagai sampel kajian. Ujian pra, ujian pasca, soal selidik dan pemerhatian telah digunakan sebagai alat kajian. Teori Viṉaittokai daripada teks tatabahasa Tolkāppiyam digunakan sebagai teori kajian ini. Markah yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pasca bagi sampel kajian merangkumi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan diperhatikan dan dianalisis secara berasingan. Pembelajaran berpusatkan guru, kaedah penghafalan, kekurangan senarai contoh, dan kekurangan pengetahuan tatabahasa guru telah dikenalpasti sebagai masalah utama yang dipilih oleh sampel kajian. Selain itu, didapati markah yang diperoleh dalam ujian pasca dari kumpulan rawatan adalah tinggi iaitu meningkat sebanyak 50.2% berbanding kumpulan kawalan dalam kajian ini. Seterusnya, kaedah pembelajaran asynchronous 'Viṉaittokai Aṟivōm' yang digunakan dalam kajian ini dinilai oleh pengkaji sebagai pendekatan yang sangat baik. Kajian ini telah menemui pendekatan yang meningkatkan kefahaman tatabahasa Viṉaittokai dengan memperkenalkan kaedah pembelajaran asynchronous 'Viṉaittokai Aṟivōm' yang menggunakan teori Tolkāppiyam untuk membantu kefahaman pelajar Tamil tingkatan enam di negeri Perak.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.