Kesediaan pensyarah pengkhususan pengajian agama dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
Type
Thesis
Main Author
Zelkepli Shahrom
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2005
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti tahap kesediaan pensyarah pengkhususan pengajian
agama dalam penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran di maktab perguruan. Kajian ini
menggunakan soal selidik yang mengandungi dua bahagian (a) latar belakang responden (b) tahap
kesediaan pensyarah dan tentang pengetahuan dan kemahiran perisian komputer. Sebanyak tiga puluh
dua borang soal selidik diedarkan kepada pensyarah pengkhususan dan telah dikembalikan sebanyak dua
puluh enam. Penganalisisan data menggunakan program SPSS di mana statistik diskriptif menggunakan
peratusan, min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap kesediaan pensyarah pengkhususan agama adalah tinggi pada skor min : 3.80 .Walau
bagaimanapun tahap pengetahuan pensyarah tentang program komputer adalah sederhana pada tahap skor
min: 2.38 dan tahap kemahiran program komputer adalah rendah tahap skor min : 2.30 .Dicadangkan supaya pensyarah pengkhususan agama diberikan kursus dalaman yang lebih intensif untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran komputer.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.