UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh antara Kompetensi 6C (Critical
Thinking, Communication, Collaboration, Creativity, Character, Citizenship) dalam
Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) terhadap amalan kepimpinan guru sekolah
rendah yang terlibat dengan Program Transformasi Sekolah (TS25). Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif bersifat tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada
399 orang guru di Daerah Marang, Terengganu dengan jumlah sampel seramai 196
orang responden dari sekolah yang tersenarai dalam Program TS25. Kajian ini
menggunakan soal selidik kompetensi 6C adaptasi daripada New Pedagogies for Deep
Learning (NPDL) dan soal selidik kepimpinan guru adaptasi daripada Teacher
Leadership Self-Assessment (TLSA). Data yang diperoleh telah dianalisis secara
deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi 6C guru (min= 3.98,
SP= 0.487) dan kepimpinan guru (min= 4.18, SP= 0.456) berada pada tahap yang
tinggi. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan kompetensi 6C mempunyai hubungan
yang kuat dengan kepimpinan guru iaitu (r= 0.852, p< 0.05). Analisis regresi linear
mendapati nilai ( r2= 0.727, p= 0.000, p< 0.05) yang membawa maksud 72.7% amalan
kepimpinan guru dipengaruhi oleh faktor kompetensi 6C manakala 27.3% amalan
kepimpinan guru dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lain. Oleh itu, kajian ini
mendapati wujudnya pengaruh antara kompetensi 6C terhadap kepimpinan guru.
Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kompetensi guru perlu diperkasakan secara
berterusan untuk membangunkan kepimpinan guru yang mantap |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |