UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan pembelajaran melalui penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 3. Kajian ini akan mengkaji persepsi murid dan guru terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara bertujuan yang melibatkan 15 orang murid tahun 3 dan dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 3. Lokasi kajian adalah di sebuah SJK(C)di daerah Pasir Gudang, Johor Bahru. Dua jenis instrumen kajian digunakan iaitu pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak dan temu bual separa berstruktur. Data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan murid merasa puas terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam proses pengajaran di kelas. Murid berasa gembira dan seronok semasa proses pengajaran guru menggunakan papan putih interaktif. Dapatan kajian juga menunjukkan guru turut memberikan respons positif terhadap penggunaan papan putih interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahun 3. Guru bersetuju bahawa murid berasa gembira dan seronok semasa proses pengajaran menggunakan papan putih interaktif di kelas. Guru menyatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat di tempat kerja akan meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti. Justeru, penggunaan papan putih interaktif perlu diperluaskan di semua sekolah dan guru perlu diberi latihan penggunaannya. |
References |
1. Aytaç, T. (2013). Interactive whiteboard factor in education: Students’ points of view and their problems. Educational Research and Reviews, 8(20), 1907–1915. doi:http://dx.doi.org/10.5897/ERR2013.1595. 2. Bonwell, C & Eison, James. (1991). Active learning: Creating excitement in the classroom. Information Analyses - ERIC Clearinghouse Products (071). p. 3. 3. Ibrahim Mohamed Al-Faki. (2014). Difficulties facing teachers in using interactive whiteboards in their classes.American International of Social Science. Vol.3(2), 136 158. 4. Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir. (2001). Pembangunan perisian multimedia: Satu pendekatan sistematik. Kuala Lumpur: Venton Publishing. 5. Khamis Mousa Nejem & Wafa Muhann. (2014). The effect of using smart board on mathematics achievement and retention of seventh grade students. International Journal of Education. Vol.6(4), 107-118. 6. Ministry of Education Malaysia. (2015). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025: Bil.4/2015. Dipaut pada 6 Januari 2016 dari http://www.padu.edu.my/anjakan. 7. Noriati A. Rashid, Boon Yoon Ping, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hasan. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd. 8. Turan, B. (2014). Smart board in Mathematics education: The use of cartoon characters impact on student success. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 143, 809–815. doi:10.1016/j.sbspro.2014.07.481. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |