UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) memberikan cabaran kepada mata pelajaran Sains kerana mata pelajaran tersebut perlu dipelajari tanpa bergantung kepada guru sepenuhnya. Pembelajaran menggunakan modul merupakan salah satu kaedah PdPR yang boleh dilaksanakan untuk membantu guru bagi mengajar mata pelajaran Sains. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membangunkan modul pembelajaran WAO bagi topik Penyerapan untuk mata pelajaran Sains Tahun Satu. Pembangunan modul tersebut menggunakan model reka bentuk instruksional ADDIE tetapi kajian ini hanya memfokuskan pembangunan dan penilaian kesahan modul yang terdapat dalam fasa pembangunan. Modul tersebut dibangunkan untuk mengaplikasikan strategi pembelajaran inkuiri berstruktur. Modul pembelajaran WAO yang dibangunkan terdiri daripada tiga unit iaitu Unit 1 (objek menyerap air), Unit 2 (jenis bahan dan keupayaan menyerap air) dan Unit 3 (objek menyerap air dan kehidupan seharian). Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul tersebut mempunyai nilai peratus persetujuan pakar yang tinggi iaitu 98% dan 97% bagi aspek kesahan muka dan kesahan kandungan. Sebagai kesimpulan, kajian ini telah berjaya membangunkan modul pembelajaran WAO yang mempunyai kesahan muka dan kesahan kandungan yang tinggi. Implikasi kajian ini ialah modul pembelajaran WAO yang dibangunkan boleh digunakan sebagai modul pembelajaran untuk sesi PdPR. Modul tersebut dijangka dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Sains, menggalakkan penglibatan mereka secara aktif ketika sesi PdPR dan meningkatkan kefahaman mereka bagi topik Penyerapan. |
References |
Cardak, O., Onder, K., & Dikmenli, M. (2007). Effect of the usage of laboratory method in primary school education for the achievement of the students' learning. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching, 8(2), 1–11. Dhanapal, S., & Zi Shan, E. W. (2014). A study on the effectiveness of hands-on experiments in learning Science among Year 4 students. International Online Journal of Primary Education, 3(1), 29–40. Drost, E. (2011). Validity and Reliability in Social Science Research. Education Research and Perspectives, 38(1), 105–123. Etiubon, R. U. & Udoh, N. M. (2017). Effects of practical activities and manual on science students’ academic performance on solubility in Uruan local education authority of Akwa Ibom State. Journal of Education and Practice, 8(3), 202–209. Hamid, Z., Mat Yusoff, S. N., Syed Mahmud, S. N. & Wan Mat Zaid, W. I. F. (2020). Keberkesanan perlaksanaan ujian eksperimen Fizik dalam meningkatkan tahap kemahiran manipulatif pelajar pra universiti. Proceedings for the 5th International Conference on Education, Islamic Studies and Social Sciences Research, 1, 385–394. Hazmawati, O. (2021, 29 Jun). Panduan mengajar, menguasai subjek Sains ketika PdPR. Berita Harian Online. Diperolehi pada 13 Julai 2021 daripada https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2021/06/833398/panduan-mengajar-menguasai-subjek-sains-ketika-pdpr Hugerat, M., & Kortam, N. (2014). Improving higher order thinking skills among freshmen by teaching science through inquiry. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 10(5), 447–454. Ichsan, I. Z., Sigit, D. V., Miarsyah, M., Ali, A., Arif, W. P., & Prayitno, T. A. (2019). HOTS-AEP: Higher Order Thinking Skills from elementary to master students in environmental learning. European Journal of Educational Research, 8(4), 935–942. Jamar, J., Paiman, M., Abdul Mutalib, K., Ahmad, N., & Abdul Aziz, R. (2020). Set bento: kajian kes amalan inkuiri berstruktur dalam pengajaran pembelajaran Sains Tahun Tiga. Proceedings for the 5th International Conference on Education, Islamic Studies and Social Sciences Research, 1, 849–856. Kementerian Pendidikan Malaysia (2019, 21 November). Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR 2019). Diperolehi pada 13 Julai 2021 daripada https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/laporan-dan-statistik/lp/3056-pelaporan-pentaksiran-sekolah-rendah-2019/file. Kementerian Pendidikan Malaysia (2020, 30 Oktober). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Diperolehi pada 13 Julai 2021 daripada https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/manual-pdp-di-rumah/3727-manual-pdpdr/file. Lati, W., Supasorn, S., & Promarak, V. (2012). Enhancement of learning achievement and integrated science process skills using science inquiry learning activities of chemical reaction rates. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 46, 4471–4475. Marican, S. (2006). Penyelidikan Sains Sosial Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Penerbit Edusystem Sdn. Bhd. Mohmad Fuzi, M. M. (2020). Keberkesanan pelaksanaan UAK dalam meningkatkan tahap kemahiran manipulatif pelajar. Proceedings for the 5th International Conference on Education, Islamic Studies and Social Sciences Research, 1, 362–370. Mubarok, H., Suprapto, N. & Adam, A. S., (2018). Using inquiry-based laboratory to improve students' Higher Order Thinking Skills (HOTs). Journal of Physics: Conference Series, 1171, 012040. Musasia, A. M., Abacha, O. A., & Biyoyo, M. E., (2012). Effect of practical work in Physics on girls’ performance, attitude change and skills acquisition in the Form Two-Form Three secondary schools’ transition in Kenya. International Journal of Humanities and Social Science, 2(23), 151–166. Journal of Science and Mathematics Letters, Vol 10, Special Issue, 2022 (51-62) ISSN 2462-2052, eISSN 2600-8718 Peng, C. F., & Nadaraja, S. (2016). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 10-24. Ramly, R., Jaafar, R., Daud, A. N. M., Ali, S., Mokhtar, W. Z. A. W., Haron, R., & Safian, N. A. M. (2016). Effectiveness of multi-frames video recorded experiments on pre-university students’ achievement for Capacitor topic. EDUCATUM Journal of Science, Mathematics and Technology, 3(2), 38–43. Shulman, L. S., (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57(1), 1–22. sidek, M. N., & Jamaludin, A. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Su’ut, F. S. (2014). Penguasaan kemahiran proses Sains dan pencapaian matapelajaran Sains dalam kalangan murid Tahun Lima sekolah kebangsaan di Kudat. Jurnal Penyelidikan Kent, 13, 1–19. Sun, L. K., & Fah, L. Y. (2013). Perbandingan Pola pembelajaran kontekstual dan tahap pemahaman konsep Sains pelajar sekolah menengah rendah di Malaysia dan Singapura. Jurnal Teknologi, 63(2), 91–96. Tan, J. M. & Khor, K. H. (2012). Kajian tindakan: Penggunaan kaedah inkuiri-penemuan KAKAK untuk meningkatkan prestasi murid-murid Tahun Empat dalam topik Fantastic Materials. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012, 57–65. Tuckman, B. W. & Waheed, M. A. (1981). Evaluating an individualized science program for community college students. Journal of Research in Science Teaching, 18(6), 489–495. Yahaya, M., Hanafiah, R., Zakaria, N. S., Osman, R., & Bahrin, K. A. (2020). Amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA, 26(1), 13–24. Yahya, R. A. S., Mat Daud, A. N. & Jaafar, R. (2019). Development and evaluation of multi-frames video recorded experiments as self-learning materials for Electricity topic. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 7(1), 34–46. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |