Cabaran dan peluang penambahbaikan On-The-Job Training di Kolej Vokasional Negeri Kedah dan Perlis
Type
Thesis
Main Author
Suzila Othman
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2023
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Malaysia dalam matlamat meningkatkan ekonomi rakyat adalah melalui transformasi
pendidikannya dengan menaik taraf bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(TVET). Transformasi ini melibatkan penstrukturan semula kurikulum TVET. Selain
itu, penambahan program latihan industri atau dikenali sebagai On-The Job Training
(OJT) dalamkurikulum Kolej Vokasional (KV) juga merupakan salah satu usaha dalam
menyediakan pelajar berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan modal insan
berkemahiran tinggi yang diperlukan industri. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
mengenalpasti isu dan cabaran yang timbul dari persepsi pelajar, pensyarah penyelia
OJT serta penyelia organisasi terhadap program On-The Job Training (OJT) yang
dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Kolej Vokasional selama enam (6) bulan di industriindustri
yang terpilih. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian
kualitatif. Rekabentuk kajian ini adalah kajian kes berbilang sematan (multiple
embeded) yang mana konteks kajian ini adalah merangkumi cabaran yang dihadapi
dalam isu-isu yang dikenalpasti dalam pelaksanaan OJT Kolej Vokasional yang
melibatkan pelajar, pensyarah penyelia OJT serta penyelia organisasi yang terlibat dan
dipilih menggunakan kaedah sampel bertujuan. Unit analisis bagi kajian ini terdiri
daripada industri-industri yang menawarkan tempat OJT kepada pelajar Kolej
Vokasional. Kajian ini menggunakan kaedah analisis tematik menggunakan perisisan
NVIVO12. Analisis kandungan menggunakan kaedah matrik dan pemadanan pola bagi
kes-kes yang terlibat. Daripada analisis yang dibuat, terdapat empat isu yang
dikenalpasti dan dijadikan tema dalam kajian ini. Setiap tema yang dikenalpasti ini,
bagi mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh ketiga-tiga pihak yang terlibat
berdasarkan setiap tema yang dikemukakan. Dapatan kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti cadangan penambahbaikan terhadap isu-isu yang timbul dalam
pelaksanaan OJT Kolej Vokasional. Penambahbaikan ini diharapkan dapat membantu
pelajar, pensyarah penyelia serta penyelia organisasi dalam menambahbaik program
OJT di Kolej Vokasional bagi melahirkan graduan yang dapat memenuhi matlamat
utama transformasi TVET, seterusnya melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dan
seterusnya menampung keperluan negara ke arah mencapai negara maju berpendapatan
tinggi menjelang 2050.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.