UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nurul Fathihah Nor Azhar
Title :Kesan Bimbingan Kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti terhadap psikologi murid berpencapaian rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian eksperimen ini bertujuan mengkaji Kesan Bimbingan Kelompok Teori Pilihan Terapi Realiti (BKTPTR) terhadap tiga aspek psikologi murid iaitu Kepuasan dan Kekecewaan Keperluan Psikologi Asas (KKKAP), Ketakutan Menghadapi Kegagalan (KMK) dan Kecerdasan Menghadapi Cabaran (KMC). Keberkesanan intervensi BKTPTR diukur daripada aspek pengurangan kekecewaan keperluan psikologi asas, peningkatan kepuasan keperluan psikologi asas, ketakutan menghadapi kegagalan dan kecerdasan menghadapi cabaran bagi kumpulan rawatan. Reka bentuk kajian menggunakan kuasi eksperimen praujian dan pascaujian. Kajian dijalankan terhadap murid tingkatan dua dan empat sebuah sekolah di daerah Kuantan. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan tiga soal selidik kajian iaitu Skala Kepuasan dan Kekecewaan Keperluan Psikologi Asas, Inventori Penilaian Kegagalan Prestasi dan Instrumen Kecerdasan Menghadapi Cabaran. Seramai 120 subjek dipilih memasuki dua kelompok iaitu kelompok kawalan dan dua kelompok rawatan. Subjek kelompok rawatan menjalani lapan sesi kelompok mingguan dalam masa lapan minggu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif, MANOVA, MANCOVA, pairwise comparisons dan Post Hoc Tukey. Dapatan kajian mendapati rawatan BKTPTR berkesan dalam (i) meningkatkan tahap kepuasan keperluan asas psikologi dan mengurangkan tahap kekecewaan keperluan asas psikologi, (ii)meningkatkan tahap KMK dan (iii) meningkatkan tahap KMC. Kajian ini mendapati bahawa kumpulan menengah (perbandingan umur) mempunyai hubungan signifikan dengan dua pemboleh ubah utama iaitu KKKAP dan KMC serta subskala kepuasan autonomi, kawalan, pemilikan dan jangkauan. Selain itu, faktor jantina pula mempunyai hubungan signifikan dengan dua pemboleh ubah utama iaitu KMK dan KMC serta subskala KP hubungan, KK kecekapan, KMRMMM, KPHD,KHPS, KMOT, kawalan, pemilikan dan ketahanan. Implikasi dan cadangan kajian telah dibincangkan dalam kajian ini. Kesimpulannya, modul BKTPTR mampu memberikan kesan dalam menangani aspek psikologi murid berpencapaian rendah di sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.