UPSI Digital Repository (UDRep)

Gaya bahasa puisi Arab dan Melayu dalam diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah

AVAILABLE Thesis 2446 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Gaya bahasa puisi Arab dan Melayu dalam diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah
Type
Thesis
Main Author
Nazri Atoh
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Penggunaan gaya bahasa dalam puisi berbeza antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Gaya bahasa ini memainkan peranan dalam menghasilkan karya sastera yang indah. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap gaya bahasa puisi adalah sedikit dibandingkan dengan prosa. Oleh itu, gaya bahasa "ilm al-bayan dalam kesusasteraan Arab dan gaya bahasa perbandingan dalam kesusasteraan Melayu dipilih sebagai dua perkara pokok yang dikaji. Konsep puisi bagi kedua dua kesusasteraan yang berbeza turut dikaji. Teks daripada Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah dipilih untuk dianalisis bagi melihat persamaan dan perbezaan gaya bahasa yang terkandung dalam kedua-dua teks puisi tersebut. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini turut menganalisis tanda atau lambang yang terdapat dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah dengan menggunakan teori semiotik Charles Sander Pierce. Pendekatan bandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan gaya bahasa puisi Arab dan puisi Melayu secara umum. Pendekatan ini juga turut digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan gaya bahasa antara Diwan Abi Tammam dengan Syair Siti Zubaidah secara khusus. Kajian mendapati terdapat persamaan fungsi antara gaya bahasa puisi Arab dengan gaya bahasa puisi Melayu, namun istilah kepada setiap gaya bahasa tersebut adalah berbeza. Gaya bahasa dalam puisi Arab mempunyai pembahagian yang pelbagai walaupun mendukung fungsi yang sama. Terdapat gaya bahasa dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah yang mempunyai persamaan fungsi seperti tashbih mursal dan simile, tashbih mu'akkad dan metafora, isti'arah, personifikasi dan hiperbola, kinayah dan metonimi, majaz mursal dan sinekdoki. Walau bagaimanapun, tashbih dalam Diwan Ai Tammam mensyaratkan mushabbah dan mushabbah bih dinyatakan dalam ungkapan, berbeza dengan metafora dalam Syair Siti Zubaidah yang hanya menyatakan satu daripada dua perkara yang mempunyai persamaan. Kinayah dalam Diwan Abi Tammam pula menggunakan kata-kata untuk menyifatkan sesuatu perkara dengan situasi tertentu, manakala metonimi dalam Syair Siti Zubaidah menggunakan kata-kata yang menyifatkan seseorang dengan pakaiannya. Tanda-tanda yang digunakan dalam puisi pula dipengaruhi oleh persekitaran yang merangkumi ikon, indeks dan simbol. Kajian ini memberi sumbangan kepada penyelidikan yang bersifat perbandingan antara dua kesusasteraan; iaitu kesusasteraan Arab dan kesusasteraan Melayu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.