UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak postur badan dalam kalangan wanita yang mempunyai anak kecil ataupun bayi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji postur badan khususnya dalam kalangan wanita yang tidak mempunyai masa untuk bersenam dan mempunyai anak kecil. Skop kajian adalah untuk menganalisis sudut postur kepala, badan dan kaki dalam kalangan wanita sebelum dan selepas menjalani senaman bersama bayi dengan berat 3kg dan 5kg berpandukan video senaman yang disediakan. Kajian ini juga membandingkan perbezaan sudut postur kepala, badan dan kaki bagi bayi 3kg dan 5kg sebelum dan selepas menjalani senaman. Seramai 7 orang wanita telah terlibat sebagai subjek dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah menggunakan perisian KINOVEA untuk mengkaji sudut postur kepala, badan dan kaki. Data- data mentah ini seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16.0. Hasil analisis kajian mendapati bahawa selepas menjalani aktiviti senaman dalam tempoh 4 minggu, terdapat perubahan bagi sudut postur kepala, badan dan kaki subjek. Akan tetapi, perubahan yang berlaku adalah tidak signifikan (p> 0.05). Walaubagaimanapun, hasil dapatan kajian ini dianggap penting kerana ia dapat memberi pendedahan kepada golongan wanita tentang kepentingan aktiviti senaman dalam mengekalkan postur tubuh badan dan kesihatan yang baik semasa menguruskan anak kecil dan bayi mereka. Kesimpulannya, kajian ini telah mencadangkan beberapa senaman yang dapat memberi impak yang positif kepada postur kepala, badan dan juga kaki semasa menjaga anak kecil dan bayi pada masa yang sama |
References |
Abdollahzade, Z., Shadmehr, A., Malmir, K. and Ghotbi, N. (2017) ‘Research Paper: Effects of 4 Week Postural Corrective Exercise on Correcting Forward Head Posture’, Journal of Modern Rehabilitation, 11(2), pp. 85–92. Basri, M. (2012). Bab 4 Kaedah Kajian dalam Model Polisi Maklumat: Kes Malaysia. https://www.academia.edu/5804913/Bab_4_Kaedah_Kajian Britnell, S. J., Cole, J. V., Isherwood, L., Stan, M. M., Britnell, N., Burgi, S., Candido, G. and Watson, L. (2005) ‘Postural Health in Women: The Role of Physiotherapy’, Journal of Obstetrics and Gynaecology Canada, 27(5), pp. 493–500. Falla, D., Jull, G., Russell, T., Vicenzino, B. and Hodges, P. (2007) ‘Effect of neck exercise on sitting posture in patients with chronic neck pain’, Physical Therapy, 87(4), pp. 408–417. Kim, D., Cho, M., Park, Y. and Yang, Y. (2015) ‘Effect of an exercise program for posture correction on musculoskeletal pain’, Journal of Physical Therapy Science, 27(6), pp. 1791–1794. Mehri, A., Letafatkar, A. and Khosrokiani, Z. (2020) ‘Effects of Corrective Exercises on Posture, Pain, and Muscle Activation of Patients With Chronic Neck Pain Exposed to Anterior-Posterior Perturbation’, Journal of Manipulative and Physiological Therapeutics. Elsevier Inc., 43(4), pp. 311–324. Ministry of Health Malaysia (2003) Physical Activity of Adults Aged 18 to 59 Years, Malaysian Adult Nutrition Survey. Molina-Garcia, P., Mora-Gonzalez, J., Migueles, J. H., Rodriguez-Ayllon, M., Esteban-Cornejo, I., Cadenas-Sanchez, C., Plaza-Florido, A., Gil-Cosano, J. J., Pelaez-Perez, M. A., Garcia-Delgado, G., Vanrenterghem, J. and Ortega, F. B. (2020) Effects of Exercise on Body Posture, Functional Movement, and Physical Fitness in Children With Overweight/Obesity’, Journal of Strength and Conditioning Research, 34(8), pp. 2146–2155. Nur, S., Abd, H., Izhar, M., Mohd, A. and Adnan, M. (2017) ‘Peranan Wanita Dalam Institusi Kekeluargaan: Perbincangan Dari Perspektif Islam’, 12(3). Von Piekartz, H. J. M. (2009) ‘Postural Disorders and Musculoskeletal Dysfunction: Diagnosis, Prevention and Treatment’, Manual Therapy, 14(5), p. e13. Siti Sarah, Syahmi Farhan, Amirah Syahirah, Rasydan, Shahirah, Raid Adnan, & Nadia Rafie. (2021). Sakit Belakang & Slip Disc: Punca, Simptom dan Rawatan Fisioterapi. IFIX PHYSIO: Where Healing Begins. https://ifixphysiotherapy.com.my/sakit-belakang-slip-disc-punca-simptom-dan-rawatan-fisioterapi/ Schafer, R.C. (2020) ‘Chapter 4: Body Alignment, Posture, and Gait We are an Amazon Associate Seat Cushion Memory Foam Orthopedic Pillow Relieves Sciatica … Pilates Toe Corrector, Take Care of Your Feet and Tighten your Seat! If you, (24). Simpson, K. M., Munro, B. J. and Steele, J. R. (2011) ‘Effect of load mass on posture, heart rate and subjective responses of recreational female hikers to prolonged load carriage’, Applied Ergonomics. Elsevier Ltd, 42(3), pp. 403–410. Solleh, S. F. E. (2020). Derita angkara slipped disc. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/65988/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/slipped-disc-sakit-tulang-belakang-kaki-kebas-kelumpuhan Sumayya (2020). Postur: Apakah Itu Postur Dan Bagaimana Untuk Menjaganya? Sumayya Physio Centre. https://sumayyaphysio.com/postur-apakah-itu-postur-dan-bagaimana-untuk-menjaganya/ Yamak, B., Imamoglu, O., Islamoglu, I., & Cebi, M. (2018). The Effect of Exercise on Body Posture. Journal of Turkish Studies, 13(Volume 13 Issue 18), 1377–1388. https://doi.org/10.7827/turkishstudies.13911
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |