UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Abdulllah Ismail
Title :Kesan kaunseling kelompok rebt terhadap simpton stres dalam kalangan staf jabatan dalam sebuah agensi kerajaan (IR)
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini melibatkan dua peringkat, iaitu kajian awal secara tinjauan dan kajian eksperimen. Terdapat tiga (3) tujuan kajian awal iaitu; Pertama, mengukur tahap stres secara keseluruhan; Kedua, mengukur tahap elemen-elemen simptom stres iaitu Somatizasi (SOM), Obsesif- Kompulsif (OC), interpersonal-Sensitiviti (IS), Kemurungan (DEP, Kebimbangan (ANX), Permusuhan (HOS), Fobia (POB), Pemikiran Paranoid (PAR), Psikotisme (PSY) dan Dimensi Tambahan (AD); dan Ketiga, mengukur tahap stres keseluruhan berdasarkan daerah bertugas dalam kalangan staf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Johor. Kajian awal melibatkan subjek kajian seramai 240 orang (120 lelaki; 120 perempuan) dipilih secara persampelan rawak berstrata. Data dikumpul menggunakan Inventori Simptom SCLR-R-90 (Symptom Inventory version of the SCL-R-90) dan dianĂ¡lisis secara perbandingan peratusan dan min. Dapatan kajian tinjauan menunjukkan 23% subjek mengalami tahap stres yang tinggi. Antara elemen stres pula menunjukkan tahap IS adalah tertinggi dan diikuti OC, ANX, DEP, HOS, PAR, SOM, FOB, AD dan PSY. Tahap stres tertinggi berdasarkan daerah pula menunjukkan staf daerah Batu Pahat adalah paling tinggidiikuti daerah Kluang. Pontian, Johor Bahru, Segamat, Kota Tinggi, Mersing dan Muar. Kajian eksperimen pula bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok REBT terhadap elemen simptom stres tertinggi iaitu IS, OC, ANX, DEP dan HOS berdasarkan ukuran pra ujian dan pos ujian antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Subjek terdiri daripada daripada 60 orang (30 lelaki dan 30 perempuan) di daerah Batu Pahat, Kluang dan Pontian yang dipilih secara persampelan rawak bertujuan. Subjek diagihkan kepada enam (6) kumpulan iaitu empat (4) kumpulan rawatan (kumpulan rawatan mingguan lelaki, kumpulan rawatan mingguan perempuan, kumpulan rawatan maraton lelaki, dan kumpulan rawatan maraton perempuan; serta dua (2) kumpulan kawalan iaitu kumpulan kawalan lelaki dan kumpulan kawalan perempuan. Data pra ujian dan pos ujian dikumpul menggunakanInventori Simptom SCLR-R-90 dan dianalisis menggunakan ANCOVA, MANCOVA dan Pos Hoc pada nilai signifikan 0.05. Dapatan kajian eksperimen menunjukkan Kaunseling Kelompok REBT berkesan terhadap semua pembolehubah kajian iaitu IS(F 4.463; k
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)