UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Keletihan dikaitkan sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi kemahiran dalam sukan tenis. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan dan perkaitan keletihan dengan konsistensi pukulan servis. Kajian ini melibatkan 2 orang pemain tenis bertahap sederhana (intermediate level) yang berumur 16 tahun. Subjek kajian perlu menjalani 3 sesi pengujian pada hari yang berbeza. Pada setiap sesi pengujian, subjek perlu menjalani Protokol Intervensi Cetusan Keletihan (PICK) sehingga mencapai keletihan maksimum. Seterusnya, subjek dikehendaki untuk menjalani Protokol Pengujian Ketepatan Servis Tenis (PKST) bagi menguji ketepatan servis semasa dalam keletihan. Petunjuk capaian keletihan bagi kajian ini adalah berdasarkan maklum balas Rate of Perceived Exertion (RPE). Dapatan kajian mendapati bahawa purata kadar nadi subjek bagi ketiga-tiga sesi adalah 147.9 ± 6.3 bpm, 133.1 ± 7.6 bpm dan 146.2 ± 14.9 bpm. Analisis ujian-T berpasangan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara konsistensi pukulan servis sebelum dan selepas subjek mencapai keletihan maksimum. Walau bagaimanapun, dapatan kajian mendapati konsistensi servis adalah rendah semasa pemain berada dalam keletihan dan perkaitan ini mempunyai korelasi negatif yang sangat kuat dan signifikan (r = -1.00; p |
References |
Escamilla, R. F., Barrentine, S. W., Fleisig, G. S., Zheng, N., Takada, Y., Kingsley, D., & Andrews, J. R. (2007). Pitching biomechanics as a pitcher approaches muscular fatigue during a simulated baseball game. American Journal of Sports Medicine, 35(1), 23–33. https://doi.org/10.1177/0363546506293025 Fernandez-Fernandez, J., Ulbricht, A., & Ferrauti, A. (2014). Fitness testing of tennis players: How valuable is it. British Journal of Sports Medicine, 48(SUPPL. 1). https://doi.org/10.1136/bjsports-2013-093152 Girard, O., Racinais, S., Micallef, J. P., & Millet, G. P. (2009). Spinal modulations accompany peripheral fatigue during prolonged tennis playing. Scandinavian Journal of Medicine and Science in Sports, 21(3), 455–464. https://doi.org/10.1111/j.1600-0838.2009.01032.x Hornery, D. J., Farrow, D., Mujika, I., & Young, W. (2007). Fatigue in Tennis. Sports Medicine, 37(3), 199–212. https://doi.org/10.2165/00007256-200737030-00002 Kovacs, M. S. (2007). Tennis Physiology. Sports Medicine, 37(3), 189–198. https://doi.org/10.2165/00007256-200737030-00001 Martin, C., Bideau, B., Delamarche, P., & Kulpa, R. (2016). Influence of a prolonged tennis match play on serve biomechanics. PLoS ONE, 11(8), 1–14. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0159979 Rota, S., Morel, B., Saboul, D., Rogowski, I., & Hautier, C. (2014). Influence of fatigue on upper limb muscle activity and performance in tennis. Journal of Electromyography and Kinesiology, 24(1), 90–97. https://doi.org/10.1016/j.jelekin.2013.10.007 Vergauwen, L., Madou, B., & Behets, D. (2004). Authentic evaluation of forehand groundstrokes in young low- to intermediate-level tennis players. Medicine and Science in Sports and Exercise, 36(12), 2099–2106. https://doi.org/10.1249/01.MSS.0000147583.13209.61
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |