UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education
GV Recreation Leisure
T Technology
Main Author :Mohamad Mohd Salleh
Additional Authors :Adjah Naqkiah Mazlan
Title :Persepsi pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan secara malam talian
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Menerusi era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital. Seiring dengan keadaan Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah keadaan semasa terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran yang dahulunya dijalankan secara bersemuka atau secara fizikal terpaksa diubah kepada pembelajaran dalam talian demi kelangsungan pembelajaran. Ia dilihat sebagai alternatif terbaik bagi memastikan pembelajaran pelajar tidak terhenti semasa pandemik ini. Justeru itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) secara dalam talian di sebuah sekolah dalam daerah Johor Bahru. Seramai 158 orang pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 25 item soalan dan terbahagi kepada dua konstruk iaitu persepsi pelajar menerusi faktor dalaman dan persepsi pelajar menerusi faktor luaran. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar menerusi faktor dalaman dan faktor luaran terhadap pembelajaran PJK secara dalam talian berada pada tahap interpretasi sederhana dengan nilai min masing-masing yang merekodkan bacaan nilai 3.55±1.07 dan 3.65±1.08. Kesimpulannya, persepsi pelajar terhadap mata pelajaran PJK secara dalam talian berada pada tahap sederhana dan usaha bagi penambahbaikan yang lebih tinggi serta berkesan perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pembelajaran secara atas talian dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang.

References

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Amin, N. A. M., & Nasri, N. M. (2021). Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 344-361.

Cucinotta, D., & Vanelli, M. (2020). WHO declares COVID-19 a pandemic. Acta Bio Medica: Atenei Parmensis, 91(1), 157–160. https://doi.org/10.23750/abm.v91i1.9397

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2019. Retrieved from Kementerian Pendidikan Malaysia.

Komarudin, K., & Prabowo, M. (2020). Persepsi siswa terhadap pembelajaran daring mata pelajaran pendidikan jasmani olahraga dan kesehatan pada masa pandemi Covid-19. MAJORA: Majalah Ilmiah Olahraga, 26(2), 56-66.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.

Pallant, J. (2007). SPSS Survival Manual. A Step by Step Guide to Data Analysis Using SPSS. Third Edition. Allen & Unwin.

Rahman, I., Gani, R. A., & Achmad, I. Z. (2020). Persepsi Siswa Pada Pembelajaran Pendidikan Jasmani Olahraga dan Kesehatan Tingkat SMA. Jurnal Pendidikan Olahraga, 9, 144–154. https://doi.org/10.31571/jpo.v9i2.1898

Rio Taovan. (2018). Persepsi Siswa Kelas VIII terhadap Pembelajaran Pendidikan Jasmani di SMP N 2 Tempel Daerah Istimewa Yogyakarta. Universitas Negeri Yogyakarta.

Wagner, J. A., & Hollenbeck, J. R. (2009). Organizational behavior: Securing competitive advantage. New York: Routledge.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.