UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HJ Public Finance
Main Author :Rohani Mohd
Title :Penstrukturan yuran institusi pra sekolah : model pelbagai kriteria
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2008
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini membincangkan aplikasi pengaturcaraan gol untuk menstrukturkan semula kadar yuran di  institusi pendidikan pra sekolah. Penyemakan kadar bayaran yuran bulanan ini ditentukan oleh  pelbagai matlamat dan kekangan serta melibatkan banyak pihak dalam membuat keputusan.  Keperluan  terhadap penyemakan kadar yuran bulanan di institusi pra sekolah adalah penting sama seperti  penyemakan yuran tahunan di institusi pengajian tinggi kerana ianya melibatkan peningkatan dalam  kos operasi juga sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap peningkatan kos pendidikan tidak  formal ini.  Bagi institusi pendidikan pra sekolah yang bersifat tidak mementingkan keuntungan,  kadar yuran yang dikenakan sememangnya yang serendah mungkin. Waiau bagaimanapun oleh kerana tiada  bantuan kewangan luar, pihak pengurusan perlu memastikan bahawa pendapatan yang diperoleh dari  yuran bulanan mestilah dapat menampung perbelanjaan institusi tersebut.  Beberapa faktor  dipertimbangkan seperti pendapatan ibubapa, polisi pentadbiran dan beberapa kekangan menyebabkan  proses penstrukturan yuran agak sukar jika tidak terdapat satu garis panduan yang jelas dijadikan  rujukan. Berdasarkan situasi yang dinyatakan, kajian ini mengemukakan satu model pengaturcaraan gal  pelbagai kriteria untuk struktur yuran pendidikan pra sekolah. Kaedah pengaturcaraan gol digunakan  untuk mendapatkan satu penyelesaian yang bersifat bertolak ansur di antara pelbagai kekangan (gal)  yang perlu dicapai bagi memastikan struktur yuran adalah selari dengan matlamat dan polisi pihak  pentadbiran. Hasil dari dapatan kajian, model yang dibina mampu untuk menampung kos operasi dan  menghasilkan  kadar  yuran  bulanan  yang dapat memenuhi  matlamat  pihak pengurusan Tadika  Ar-Rahman dan pada masa yang sama dapat membantu golongan ibubapa yang berpendapatan rendah dan  sederhana.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.