Aplikasi model refleksi evolusi dalam kalangan guru-guru bahasa
Type
Thesis
Main Author
Kannagi Subramaniam
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan Model Refleksi Evolusi dalam pengajaran. Reka bentuk kajian kes digunakan untuk meneroka secara mendalam proses pemikiran guru semasa melakukan refleksi berdasarkan Model Refleksi Evolusi. Data dikumpul melalui temu bual sebelum pengajaran dan selepas pengajaran, pemerhatian pengajaran dan penelitian dokumen. Seramai 12 orang guru bahasa yang terdiri daripada 4 orang guru Bahasa Melayu, 4 orang guru Bahasa Inggeris dan 4 orang guru Bahasa Tamil. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Model Refleksi Evolusi merangsang pemikiran guru-guru bahasa untuk mengamalkan refleksi secara sistematik ke arah mempertingkatkan kemahiran mengajar mereka. Guru-guru yang mengamalkan secara berurutan langkah-langkah Model Refleksi Evolusi didapati lebih sistematik dalam membuat perancangan mengajar, pemilihan strategi pengajaran, pemilihan bahan, membuat penerangan dan membuat penilaian. Manakala guru-guru yang mengamalkan langkah-langkah secara tidak berurutan Model Refleksi Evolusi didapati kurang sistematik dalam membuat perancangan mengajar, pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan pengajaran, membuat penerangan dan membuat penilaian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kekerapan mengamalkan langkah-langkah Model Refleksi Evolusi dapat membantu guru-guru mempertingkatkan kemahiran mengajar, pengetahuan profesional dan sikap mereka. Kesimpulannya, Model Refleksi Evolusi dapat merangsang pemikiran yang sistematik dalam pengajaran serta memantapkan kemahiran profesional guru-guru dan sesuai digunakan sebagai alternatif kepada model refleksi sedia ada.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.