UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu proses perkembangan kemahiran Bahasa Melayu di tadika. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian kes. Sampel kajian ini terdiri daripada 3 orang guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang mengajar di tadika swasta di Daerah Besut, Terengganu. Kajian ini secara keseluruhannya menggunakan kaedah persoalan kajian yang ditetapkan iaitu kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kelebihan dan kesan penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu mengingat dan melatih menyebut perkataan dan tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu guru dalam proses meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa kanak-kanak tadika. Antaranya, pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan mendapati pengaplikasian lagu kanak-kanak di dalam kelas dan juga penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran memberi kesan terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak. Malahan, proses penguasaan perkataan baru juga berdasarkan teknik penyampaian dan kekerapan pendedahan lagu kepada kanak-kanak. Kesan kepada penggunaan lagu kanak-kanak di dalam kelas memberikan pelbagai impak yang positif kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Setelah melaksanakan kajian, terdapat beberapa impak kajian yang diperoleh antaranya pengkaji menerima pendedahan tentang penggunaan lagu kanak-kanak dalam kalangan guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan juga bagaimana lagu kanak-kanak dapat membantu proses perkembangan Bahasa Melayu kanak-kanak tadika. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa lagu kanak-kanak dapat membantu guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. |
References |
Arsanti, M. (2014). Pemerolehan Bahasa Pada Anak. Jurnal PBSI, 3(2), 24-47. http://research.unissula.ac.id/file/publikasi/211315023/3959t__PEMEROLEHAN_BAHASA_PADA_ANAK.pdf Beginning Preschool Teachers: From Skills Into Practice. Perak: Universiti Burn, R. B. (1995). “Introduction to Research Methods.” Melbourne: Longman. Croft. Fatmawati, S. R. (2015). Pemerolehan Bahasa Pertama Anak Menurut Tinjauan Psikolinguistik. Lantera, (1). https://journal.iain-samarinda.ac.id/index.php/lentera_journal/article/view/429 Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. 4th edition. New York: Hamid, Z. (n.d.). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=CYDMAgAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA123&dq=teori+psikolinguistik&ots=6zelC9CSgd&sig=RTRwK2N68LzZ7k9ABpVvTASWmFk&redir_esc=y#v=onepage&q=teori%20psikolinguistik&f=false Izzaty Hisamudin, N. A. (2019). Penggunaan Kaedah Didik Hibur Untuk Pembelajaran Matematik Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai [Master's thesis]. http://studentsrepo.um.edu.my/10984/1/Nur_Aliah_Izzaty.pdf Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. http://eprints.utm.my/id/eprint/41091/1/KamarulAzmiJasmi2012_MetodologiPengumpulanDataPenyelidikanKualitatif.pdf Jasmi, K. A., Ibrahim, N., & Ilias, M. F. (2012). Gaya Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. https://www.researchgate.net/publication/293097722_Gaya_Pengajaran_Guru_dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Pendidikan_Islam Kason, N. L., Kauman, R., & Awang Abas, D. M. (2012). Pemilihan Lirik Lagu Kanak-Kanak Dalam Pendidikan Prasekolah. Jurnal Penyelidikan Kent, 10, 32-49. http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/3.pdf Kementerian Pendidikan Malaysia, (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Masnan, A. H, Mustafa, M. C., Rohaizad, N. A. A., Jamil, N. (2017). Quality Teaching Merriem, S. B. (1998). “Qualitative Research and Case Study Applications in Education.” (2nd ed.). San Francisco: Jossey-Bass Millington, N. T. (2011). Using Song Effectively To Teach English To Young Learners. Language Education In Asia, 2(1), 134 141. http://www.leia.org/LEiA/LEiA%20VOLUMES/Download/LEiA_V2_I1_2011/LEiA_V2I1A11_ Millington.pdf Moleong, LJ. 1989. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung; Remaja Rosdakarya. Nahar, N. I. (2016). Penerapan Teori Belajar Behavioristik Dalam Proses Pembelajaran. Nusantara (Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial), 1, 64-74. http://jurnal.um-tapsel.ac.id/index.php/nusantara/article/view/94/94 Pearson, P.D., & Johnson, D. D. (1978). Teaching reading comprehension. New Pendidikan Sultan Idris. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol. 11 (1), 2022 (91-107) (ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X) https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK Piong, J. F. (2012). Komposisi Lagu Kanak-Kanak Bagi Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Suku Kata Bahasa Melayu Untuk Pendidikan Prasekolah [Master's thesis]. https://ir.unimas.my/id/eprint/20481/1/Komposisi%20lagu%20kanak-kanak%20(24pgs).pdf Press. Sabin, H., Pang, V., & Bullare@Bahari, I. (2019). Modul Membaca Awal Prasekolah Menggunakan Nyanyian Berasaskan Teori Psikolinguistik Kognitif dan Aplikasi Kaedah Belajar Melalui Bermain. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 45-58. Samsuddin, A., & Abu Bakar, K. (2018). Kepentingan Muzik Dan Nyanyian Dalam Pendidikan Prasekolah [Doctoral dissertation]. https://www.researchgate.net/publication/338293436_Kepentingan_Muzik_dan_Nyanyian_dalam_Pendidikan_Prasekolah Skinner, B. F (1968). The technology of teaching. New York: Appleton-Century-Teachers College Press. Wilkinson, A. (1971). The foundation of language. London: Oxford University Yeni, I., Dharma Putra, I. E., Anggraini, V., & Nofindra, R. (2020). Stimulating Children's Mother Tongue Development Through Animated Children Song [Master's thesis]. http://repository.unp.ac.id/29088/1/INDRA_YENI_STIMULATING_CHILDRENS_MOTHER_2020.pdf York: Holt, Rinehart & Winston. Yin, R. K. (1994). “Case Study Research: Design and Methods.” 2nd ed. Thousand Oak, Calif: Sage. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |