UPSI Digital Repository (UDRep)

Kecekapan motor dan pengetahuan strategik dalam kalangan murid sekolah rendah untuk mata pelajaran pendidikan jasmani

AVAILABLE Thesis 649 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kecekapan motor dan pengetahuan strategik dalam kalangan murid sekolah rendah untuk mata pelajaran pendidikan jasmani
Type
Thesis
Main Author
Saaidah Shari
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2013
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina bateri ujian dan membandingkan tahap kecekapan motor dan pengetahuan strategik murid tahap dua berdasarkan standard National Associations for Sport and Physical Education (NASPE). Seramai 108 orang subjek lelaki dan perempuan berumur 10. 11 dan 12 tahun dipilih daiam kajian ini melibatkan cnam buah sekolah rendah di daerah Batang Padang. Kajian ini menggunakan reka bentuk ex post facto. Instrumen kajian yang digunakan ialah instrumen South Carolina Physical Education Assessment Program (SCPEAPJ (2001) yang telah diubahsuai. Empat item kecekapan kemahiran motor dan pengetahuan strategik diukur iaitu menghantar bola aras dada, menerima bola aras dada, melantun bola dan menggelecek bola. Hasil dapatan menunjukkan 63% murid berjaya mencapai tahap kecekapan motor dan 81% bagi pengetahuan strategik. Itein kemahiran menerima bola aras dada mencapai tahap kecekapan paling tinggi diikuti menghantar bola aras dada, menggelecek dan melantun. Bagi pengetahuan strategik, kemahiran menghantar bola aras dada mencapai tahap kecekapan paling tinggi, diikuti menerima bola aras dada, menggelecek dan melantun. Analisis ujian- ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor kecekapan motor dan pengetahuan strategik antara murid berumur 10, 11 dan 12 tahun iaitu murid lelaki dan perempuan berumur 12 tahun mencapai skor kecekapan motor dan pengetahuan strategik yang lebih baik berbanding murid 11 dan 10 tahun. Dapatan ujian kolerasi menunjukkan terdapat perhubungan yang signiEkan antara skor kecekapan motor dengan skor pengetahuan strategik murid berumur 10, 11 dan 12 tahun. Hasil dapatan menunjukkah murid-murid-murid lelaki dan perempuan berumur 10, 11 dan 12 tahun mencapai standard NASPE bagi kecckapan motor dan pengĕtahuan strategik. Dapatan ini membuktikan bateri ujian yang dibina dengan prosedur yang lengkap sesuai digunakan bagi mengukur tahap kecekapan motor dan pengetahuan strategik murid-murid di Malaysia.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.