UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Marlina Hassan
Title :Sikap terhadap pembelajaran Prinsip Perakaunan dan hubungannya dengan pencapaian Prinsip Perakaunan tingkatan 4 di sekolah-sekolah daerah Manjung Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2005
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenalpasti  sikap  terhadap  pembelajaran  Prinsip Perakaunan dan  hubungannya dengan pencapaian tingkatan 4. Konsbuk sikap dilihat melalui tiga dimensi iaitu  kepentingan  Prinsip Perakaunan dalam bidang perniagaan, ekonomi dan sosial, minat terhadap Prinsip  Perakaunan dan persepsi terhadap peranan guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Di samping itu,  perbezaan dimensi sikap dan pencapaian di antara kaum Melayu, Cina dan India serta jantina juga  dikaji. Kajian ini adalah penting memandangkan Prinsip Perakaunan adalah mata pelajaran elektif  dalam kumpulan Vokasional dan Teknologi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Satu  kajian kuantitatif berbentuk tinjauan telah di jalankan ke atas  150  orang  pelajar  tingkatan  4   yang  mengambil  mata  pelajaran   Prinsip Perakaunan yang dipilih dari 5 buah sekolah menengah  untuk mewakili 410 populasi di daerah Manjung, Perak. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik.  Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji perhubungan, manakala ujian-t  dan ujian ANOV A   adalah  untuk  menguji  perbezaan.   Statistik  deskriptif  dan  inferensi digunakan  untuk   menganalisis  data.  Hasil  kajian  mendapati:1)  tidak  terdapat perhubungan yang signifikan di  antara ketiga-tiga dimensi sikap dengan pencapaian 2) terdapat perbezaan sikap dan pencapaian yang signifikan di antara kaum. 3) terdapat perbezaan  pencapaian yang signifikan di antara jantina. 4) tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan di  antara jantina. Diharap kajian ini dapat membantu pihak Kementerian  Pelajaran  Malaysia, Jabatan   Pelajaran  Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Manjung dan sekolah-sekolah yang berkenaan dalam  mengurus dan mentadbir  sistem  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  mata  pelajaran  Prinsip  Perakaunan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.