UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :QA Mathematics
T Technology
Main Author :Norlida Mat Adam
Additional Authors :Raja Noor Farah Azura Raja Maamor Shah
Mazlini Adnan
Title :Manfaat dan cabaran Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sorotan literatur bersistematik
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian pada hari ini merupakan suatu pendekatan yang semakin popular dalam kalangan murid dan guru. Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam PdP bagi mata pelajaran Matematik memberi kelebihan dan cabaran kepada murid dan guru. Tujuan sorotan literatur bersistematik ini dibuat adalah bagi mengenal pasti manfaat dan cabaran yang dihadapi oleh murid dan guru dalam melaksanakan PdP Matematik secara dalam talian. Tinjauan ke atas artikel dibuat antara tahun terbitan 2017-2021 dengan menggunakan tiga pengkalan data iaitu ERIC, Google Scholar dan Research Gate. Dapatan yang diperoleh menunjukkan pengintegrasian TMK dalam PdP Matematik memberikan banyak manfaat kepada murid seperti proses PdP menjadi lebih menarik, menyeronokkan, meningkatkan kefahaman konsep, membentuk pemikiran kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah, mengekalkan fokus, memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan belajar secara terarah kendiri seterusnya meningkatkan pencapaian murid. Antara cabaran dalam mengintegrasikan TMK dalam PdP matematik adalah kekurangan kemudahan teknologi, akses jalur lebar yang terhad, pengetahuan dan kemahiran guru serta murid yang terbatas dan kekurangan bahan PdP dalam talian. Kemudahan infrastruktur dan akses jalur lebar perlu ditambah baik bagi memastikan pembelajaran secara dalam talian dapat dimanfaatkan secara optimum oleh guru dan murid. Pelbagai program dan bengkel perlu dirangka dan dilaksanakan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan guru dan murid dalam mengaplikasikan pembelajaran secara dalam talian.

References

Darchinie Rani Ravendra & Md Yusoff Daud (2019). Faktor –Faktor Yang Mempengaruhi Guru Matematik Sekolah Rendah Dalam Mengintegrasikan Penggunaan Teknologi Dalam Pdpc. Jurnal Dunia Pendidikan 1(3), 24-33.

Er, X. H. & Roslinda Rosli (2021). Kebimbangan dan efikasi terhadap pembelajaran Matematik dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Malaysia Journal of Sciences and Humanities 6(3), 41-53.

Fatkhul Arifin & Tatang Herman (2017). The Influence of E-Learning Model Web Enhanced Course to Conceptual Understanding and Self-Regulated Learning in Mathematics for Elementary School Students. TARBIYA: Journal of Education in Muslim Society, 4(1), 45-52.

Iskrenovic-Momcilovic, O. (2020). Improving Geometry Teaching with Scratch. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), em0582.

Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli (2021). Tahap Kepuasan Pembelajaran Matematik Dalam talian Semasa Pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(4), 1 – 20.

Kaushik Das (2019). Role of ICT for Better Mathematics Teaching. Shanlax International Journal of Education 7(4), 19-28.

Ketut Darma, Gede Made Karma & Made Anom Santiana (2020). Blended learning, inovasi strategi pembelajaran Matematika di era revolusi 4.0 bagi Pendidikan tinggi. Prosiding Seminar Nasional Matematika 3 527 - 539.

Lau, J. S. C. & Roslinda Rosli (2020). Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Guru Matematik Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5(11), 71 – 84.

Moher, D., Liberati, A., Tetzlaff, J., & Altman, D. G. (2009). Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses: The PRISMA Statement. Journal of Clinical Epidemiology, 62, 1006-1012. https://doi.org/10.1016/j.jclinepi.2009.06.005

Mailizar M., Almanthari, A., Maulina, S., & Bruce, S. (2020). Secondary School Mathematics Teachers’ Views on E-learning Implementation Barriers during the COVID-19 Pandemic: The Case of Indonesia. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 16(7), em1860.

Mulenga, E. M., & Marbán, J. M. (2020). Is COVID-19 the gateway for digital learning in mathematics education? Contemporary Educational Technology, 12(2), ep269.

Nilson Valencia-Vallejo, N., López-Vargas, O., & Sanabria-Rodríguez, L. (2018). Effect of Motivational Scaffolding on E-Learning Environments: Self-Efficacy, Learning Achievement, and Cognitive Style. Journal of Educators Online, 15(1), n1.

Norfaizah Md Kamary & Mahizer Hamzah (2019). Kesediaan guru matematik daerah Kuala Langat dalam melaksanakan pembelajaran abad ke 21. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan (ISPEN) 13, 110 – 130.

Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Mohd Ra’in Shaari & Kesavan Nallaluthan (2021) Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Journal for TVET Practitioners 6(1), 15-24.

Nur Hafizah Razali & Fariza Khalid (2021). Penggunaan Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih dalam Pembelajaran Matematik bagi Pelajar Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(6), 73 – 85.

Nurul Shida, Sharifah, Hanifah, Norulhuda & Abdul Halim (2019). The Influence of ELearning towards Metacognitive Enhancement in Mathematical Problem Solving. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET), 14(20), 165-173.

Panteli, P., & Panaoura, A. (2020). The Effectiveness of Using Mobile Learning Methods in Geometry for Students with Different Initial Mathematical Performance. Social Education Research, 1-10.

Phang, V,. I. & Nurfaradilla Mohd Nasri (2020). Tahap Kesediaan Dan Sokongan Bagi Pelaksanaan Pendekatan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Sekolah Rendah. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) 2(4), 489 – 508.

Valtonen, T., Leppänen, U., Hyypiä, M., Sointu, E., Smits, A., & Tondeur, J. (2020). Fresh perspectives on TPACK: pre-service teachers’ own appraisal of their challenging and confident TPACK areas. Education and Information Technologies, 25(4), 2823–2842.

Yaniawati, P., Kariadinata, R., Sari, N. M., Pramiarsih, E. E., & Mariani, M. (2020). Integration of e-Learning for Mathematics on Resource-Based Learning: Increasing Mathematical Creative Thinking and Self-Confidence. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET), 15(06), 60-78.

Yang, X., Zhang, M., Kong, L., Wang, Q., & Hong, J. C. (2020). The Effects of Scientific Self-efficacy and Cognitive Anxiety on Science Engagement with the “Question-Observation-Doing-Explanation” Model during School Disruption in COVID-19 Pandemic. Journal of Science Education and Technology, 380-393.

 

 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.