UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran awal yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah untuk memastikan proses pembelajaran mereka berkembang sihat dan lancar. Kemahiran membaca dan menulis dapat dikuasai oleh kanak-kanak apabila mereka mendapat pendedahan awal dalam kemahiran literasi awal seawal kanak-kanak tersebut dilahirkan sehingga mereka mencapai usia enam tahun. Komponen kemahiran literasi awal yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah: (i) bahasa dan komunikasi, (ii) konsep cetakan dan cetakan persekitaran, (iii) fonemik dan fonetik, (iv) bacaan dan kefahaman naratif; dan (v) tulisan awal. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengupas kemahiran membaca dan menulis yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah yang berumur lima dan enam tahun bersandarkan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang termaktub di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017. Komponen kemahiran membaca di dalam KSPK Semakan 2017 terdiri daripada: (i) menguasai kemahiran prabaca, (ii) mengenal huruf abjad, (iii) membina dan membaca suku kata dan perkataan (iv) membaca dan memahami frasa dan ayat, (v) membaca dan memahami bahan bacaan; dan (vi) memupuk bacaan luas. Manakala komponen kemahiran menulis pula terdiri daripada: (i) menguasai kemahiran pratulis; dan (ii) menguasai kemahiran menulis. Kertas konsep ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada guru prasekolah untuk menerapkan komponen literasi awal dalam sesi pengajaran untuk kemahiran membaca dan menulis dalam Tunjang Komunikasi (Bahasa Melayu) dengan berpandukan kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang terkandung di dalam KSPK Semakan 2017. |
References |
Abdul Rahman, M. N. & Wan Mohamad Noor, W. N. B. (2018). Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017: Retrospeksi Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. Bil 5; Isu 3. E-ISSN: 2289-9669. Abu Samah, S. I. S., Mohd Majzub, R., & Mahamod, Z. (2014). Pelaksanaan Pengajaran Penulisan Dalam Kalangan Guru-Guru Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 3, 100 - 117. Ali, A. & Mahamod, Z. (2016). Analisis Keperluan Terhadap Pengguna Sasaran Modul Pendekatan Berasaskan Bermain Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Bahasa Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik. Ali, A. & Mahamod, Z. (2016). Pembangunan dan Kebolehgunaan Modul Berasaskan Bermain Bagi Pembelajaran Kemahiran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal - MyLEJ). ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 16-29. Ali, N. H. & Othman, Y. (2018). Strategi Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Kalangan Pelajar Melanau Daerah Daro. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - JPBM (Malay Language Education Journal - MyLEJ). ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 33-41. Bacotang, J., & Mohamed Isa, Z. (2016). Pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) Untuk Kanak-Kanak Taska. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 5, 30-48. Bacotang, J., Mohamed Isa, Z., Che Mustafa, M. & Md.Yasin, S. F. (2017). Early Literacy Curriculum (ELiC) Framework for Nurseries in Malaysia. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI. Vol.10, 2017. ISSN 1394-7176 Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017. Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. (2018). Garis Panduan Pengurusan Prasekolah. Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia. Baharudin, H. H., Masnan, A. H., & Zain, A. (2021). Learning Module Development using Android Technology Application based on Interactive White Board on Preschool Reading Proficiency: Theoretical Framework Review. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(1), 1-14. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.1.1.2021 C. J. Dunst, C. M. Trivette, T. Masiello, N. Roper, A. Robyak. (2006). Framework for Developing Evidence-Based Early Literacy Learning Practices. CELLpapers. Volume 1, Number 1. Hanifah, S., Vincent, P., & Idris, B. @ B. M. (2019). Modul Membaca Awal Prasekolah Menggunakan Nyanyian Berasaskan Teori Psikolinguistik Kognitif dan Aplikasi Kaedah Belajar melalui Bermain (Preschool Early Reading Module Using Songs Based on Cognitive Psycholinguistic Theory and Application of Learning Through Play). Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(01), 45–58. Juppri & Jaslinah Makantal (2015). Kesan Pelaksanaan Aktiviti Modul Literasi Awal (M.U.L.A) Terhadap Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak Taska: Satu Kajian Kes. Jurnal Penyelidikan Kent. Lau S. C. & M. M. Tahar. (2021). Penggunaan Peralatan Multisensori Buku Audio Dalam Meningkatkan Minat Murid-Murid Masalah Pembelajaran Terhadap Membaca. Jurnal Dunia Pendidikan. e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 530-536. M. B. Diane & H. M. Marla. (2013). Best Practises in Early Literacy Instruction. The Guilford Press. New York. M. Hairi, A. M., Ibrahim, N. N. S. & Asnil Aimi, A. Z. (2020). Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5+ dan 6+ Tahun. Jurnal Kesidang (Kesidang Journal). Volume 5 2020: 99-111. Masnan, A. H., Seah S. P., Alias A. (2021). Aplikasi Digital Didik Hibur 3M Murid Orang Asli Sekolah Rendah. 3rd Invention, Innovation and Technology Competition (ITEC) 2021. E ISBN: 978-967-14569-5-8. UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban. Mohd Sharif, M. H., Che Azid, M. N., & Wan Kharuddin, W. A. N. (2021). Penerapan Kaedah Tunjuk Cara Dalam Aktiviti Fizikal dan Estetika untuk Meningkatkan Kemahiran Menggunting Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 85-102. Mohamed Isa, Z., Bacotang, J., & Che Mustafa, M. (2018). Pencapaian Kemahiran Literasi Awal Kanak-Kanak Berusia 2, 3 dan 4 Tahun. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jld. XX, (Dis). ISSN 1511 5828. Mohamed Isa, Zainiah @ Zaniah. (2011). Daripada Contengan Kepada Huruf: Perkembangan Penulisan Awal Kanak-Kanak. In: National Postgraduate Conference in Education, 18-27 Jun 2011, Sabah. National Association for the Education of Young Children & International Reading (2009). Developmentally Appropriate Practice in Early Childhood Programs Serving Children from Birth through Age 8. Rashidah Elias. (2017). Keberkesanan KitAB Cerdas Terhadap Pencapaian Bacaan Awal Kanak-Kanak Taska. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. S. Azira A. Aziz & M. Jasmy A. Rahman. (2018). Perkembangan Bahasa dan Literasi Kanak-Kanak Prasekolah Menerusi Aplikasi 3E & TMK. Universiti Sultan Zainal Abidin.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |