UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kekangan dalam mempelajari subjek Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan bumiputera di Sarikei, Sarawak. Masyarakat bukan bumiputera merupakan kaum majoriti di daerah Sarikei, Sarawak. Masyarakat bukan bumiputera tersebut berfokus kepada masyarakat berbangsa Cina dari keturunan etnik Foochow, Kantonis dan Hokkien. Oleh sebab itu, majoriti pelajar di sekolah ini adalah merupakan pelajar berbangsa Cina dan minoritinya adalah kaum bumiputera. Setiap pelajar yang mendapat pendidikan formal di sekolah kerajaan harus mempelajari dan menguasai serta sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan mereka mendapat sijil penuh. Keputusan ujian dan peperiksaan SPM mendapati bahawa pelajar bukan bumiputera ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Pencapaian pelajar yang lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu mendorong kajian ini dijalankan. Data daripada kajian ini dikutip melalui temu bual, pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas 127 orang murid bukan bumiputera sebagai sampel. Temu bual juga melibatkan beberapa pihak lain seperti guru mata pelajaran, guru kelas, ibu bapa dan kapitan tempatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar bukan bumiputera yang lemah ini sangat kritikal kerana terdapat sesetengah daripada mereka sukar untuk memahami kosa kata malah terdapat juga dalam kalangan pelajar ini yang masih tidak mengenal huruf. Antara faktor yang dikenal pasti mempengaruhi pencapaian mereka adalah pengaruh bahasa ibunda, perbezaan budaya, asas pendidikan di sekolah rendah, sikap murid dan ibu bapa, latar belakang ekonomi, persekitaran, gaya pengajaran dan pembelajaran serta hubungan antara murid dengan guru. Kajian ini memberi sumbangan kepada para guru dan pentadbir sekolah untuk meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan bumiputera. |
References |
Awang Sariyan. (2006). Bahasa Sebagai Asas Keperkasaan Dan Kelestarian Akar Budaya: Hakikat dan Kerangka Strategi untuk Tamadun Melayu. Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar. Kertas Kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Batu Caves: Pts Professional Publishing Sdn Bhd. Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Norzila Md. Yusof. (2011). Keberkesanan Cerpen dalam Mempertingkat Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Abdul Aziz Abd Rashid. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Faziah Sulaiman. (2000). Kepelbagaian Teknik P&P Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Institusi Bahasa. Hasnah Abdullah. (2007). Sikap Pelajar dan Permasalahan Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Kesusasteraan Melayu. Selangor: Universiti Putra Malaysia. Izzah Abdul Aziz. (2000). Inovasi Pengajaran Kesusasteraan. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Teks Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Pahang: PTS Publishers & Distributors Sdn Bhd. Isnariah Idris (2003). Sikap dan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Penagajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Universiti Putra Malaysia. Juriah Long (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Kamaruzaman. (2002). Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Sekolah Menengah di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Bahasa dan Sastera di Malaysia. Bogor Indonesia. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-8. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penerbit Universiti Putra Malaysia. Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Kassim Ismail. (2000). Pendidikan kesusasteraan ke arah membina pemikiran dalam bahasa, sastera dan budaya melayu Bil 3 2000. Selangor: Universiti Putra Malaysia. Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar Komsas: Komponen Sastera. Kuala Lumpur: Pts Professional Publishing Sdn Bhd. Nik Safiah Karim. (2002). Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing, 7-8 Ogos. Pulau Pinang: Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Kerjasama Universiti Sains Malaysia. Rohayah Haji Mohamad Tahir. (2002). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis dalam Pengajaran Pemahaman Cerpen Komponen Sastera Sekolah Menengah. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Subadrah Nair & Rajeswari Arumugam. (2006). Jurnal Keberkesanan Kaedah Model Skema bagi Meningkatkan Kefahaman dan Minat Pelajar Terhadap Cerpen Bahasa Melayu. Universiti Sains Malaysia. Sidek Mohd Noah. (2000). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Siti Noor Amyah Khasbullah. (2008). Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Penggunaan Teknik Animasi dalam Pengajaran Cerpen. Master Pendidikan. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Wang Mui Lin. (2003). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Cina di Sekolah Menengah. Tesis Master Sains. Universiti Putra Malaysia: Serdang. Yahya Othman. Roselan Baki & Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu dari Teori Kepraktik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Zaini Bt Salleh. (2002). Kesesuaian Penggunaan Komponen Sastera di kalangan pelajar Aliran Sains dan Sastera. Master Sains. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |